Home > Gaya Hidup > Kenali Davina Karamoy Pelakon Kontroversi Dalam Ipar Adalah Maut
Kenali Davina Karamoy Pelakon Kontroversi Dalam Ipar Adalah Maut
Davina Tesalonika Karamoy, lahir pada 17 Ogos 2002, merupakan seorang pelakon muda Indonesia yang semakin menonjol dalam industri hiburan.
Davina memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2018 melalui sinetron Tukang Ojek Pengkolan dengan memegang watak Gisel. Sejak itu, Davina telah membintangi pelbagai filem dan drama, termasuk Mata Batin 2 pada 2019, Rumah Kentang: The Beginning pada 2019 dan Geez & Ann pada tahun 2021.Pada tahun 2024, Davina membintangi filem Ipar Adalah Maut, sebuah karya yang kini mendapat perhatian meluas di platform penstriman Netflix. Filem ini turut menampilkan bintang seperti Deva Mahenra dan Michelle Ziudith. Mula ditayangkan di pawagam Indonesia pada 13 Jun 2024, filem yang disutradarai oleh Hanung Bramantyo ini berjaya pecah panggung dengan mencatatkan lebih 4 juta tontonan!
Filem ini membawa watak Davina sebagai Rani, seorang adik ipar yang menjalin hubungan terlarang dengan abang iparnya, Aris. Peranan ini bukan sahaja mempamerkan keupayaan lakonan Davina yang mendalam tetapi juga menimbulkan kontroversi besar di kalangan penonton, menjadikan watak Rani topik hangat di serata media sosial. Sambutan filem ini tidak terhad di Indonesia sahaja, malah berjaya menambat hati penonton di Malaysia melalui penstriman di Netflix.
Kontroversi yang melibatkan aktres Indonesia berkaitan dengan peranannya sebagai Rani dalam “Ipar Adalah Maut”. Watak Rani digambarkan sebagai seorang adik ipar yang menjalin hubungan sulit dengan suami kakaknya sendiri, yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada penonton. Ada yang memuji keberanian Davina dalam membawa watak yang kompleks dan mencabar, manakala ada juga yang mengkritik kerana menganggap watak tersebut memberi contoh negatif.
Selain lakonan, gaya fesyen Davina sering mendapat perhatian. Dengan gaya OOTD yang chic dan dinamik, Davina sering berkongsi inspirasi fesyen melalui Instagramnya. Beliau terkenal dengan penampilan yang kasual namun elegan, memadankan jeans dengan crop top, blazer, atau kemeja. Selain itu, beliau sering bereksperimen dengan warna dan corak, mencerminkan personaliti yang muda dan segar.
Selain itu, populariti Davina di media sosial turut menyumbang kepada kontroversi yang melibatkan dirinya. Dengan jumlah pengikut yang semakin meningkat di platform seperti Instagram dan TikTok, setiap tindakan dan perkongsian Davina menjadi perhatian umum. Ini termasuklah gaya hidup, pilihan fesyen, dan pandangan peribadi yang kadangkala menimbulkan perdebatan di kalangan netizen.
Walaupun berdepan dengan kontroversi, Davina Karamoy terus menunjukkan dedikasi dan komitmen dalam bidang lakonan. Beliau telah menerima beberapa anugerah, termasuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terfavorit di Indonesian Movie Actors Awards 2024. Pencapaian ini membuktikan bahawa bakat dan usaha Davina diiktiraf dalam industri hiburan Indonesia.
Artikel Berkaitan: Filem Seram Korea Terbaik Dengan Rating Tertinggi Untuk Halloween Ini!
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
