Related Stories
Disney Bersama YAM Tengku Zatashah Serta Pereka Fesyen Malaysia Mempersembahkan Koleksi Couture Istimewa
Dalam meraikan keberanian dan kebaikan, Disney bersama YAM Tengku Zatashah serta lapan pereka fesyen Malaysia mempersembahkan 12 desain bespoke inspirasi Disney Princess Heroes untuk menyokong Make-A-Wish® Malaysia.
Bersempena dengan sambutan Ultimate Princess Celebration di Malaysia, Disney bersama lapan pereka fesyen lokal bersatu dalam mempersembahkan koleksi couture yang diinspirasikan daripada puteri Disney kegemaran ramai. Bersama YAM Tengku Zatashah, mereka tampil dengan 12 desain bespoke untuk menyokong Make-A-Wish® Malaysia.

Alia Bastamam, Celest Thoi, Fiziwoo, Innai Red, Khoon Hooi, Melinda Looi, Mimpikita dan Variante telah menghasilkan 12 gaun, jumpsuit dan rekaan bespoke yang diinspirasikan oleh kemuliaan hati puteri Disney. Membiaskan keberanian Mulan, semangat optimis Cinderella dan sikap ingin tahu Ariel, mereka menggabungkan kisah dongeng klasik ini dengan setuhan unik masing-masing dalam himpunan yang meraikan keberanian dan kebaikan.

Dengan sokongan Yang Amat Mulia Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Penaung Diraja Make-A-Wish® Malaysia, koleksi istimewa ini akan dilelong pada Disember 2021. Hasil lelongan nanti akan disalurkan kepada Make-A-Wish® Malaysia untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan.
Koleksi couture Ultimate Princess Celebration kali ini dibintangi oleh:

Alia Bastamam, diinspirasikan oleh Pocahontas

Celest Thoi, diinspirasikan oleh Aurora dan Cinderella

Hafizi Radzi Woo dan Izree Kai Haffiz daripada Fiziwoo, diinspirasikan oleh Ariel

Izrin Ismail daripada Innai Red, diinspirasikan oleh Belle dan Moana.

Khoon Hooi, diinspirasikan oleh Rapunzel dan Snow White

Leslie Variyan daripada Variante, diinspirasikan oleh Anna

Melinda Looi, diinspirasikan oleh Mulan dan Elsa

Nurul Zulkifli daripada Mimpikita, diinspirasikan oleh Jasmine
Disney telah bekerjasama dengan Make-A-Wish selama lebih 40 tahun, dan telah menunaikan impian lebih 145,000 kanak-kanak yang mempunyai penyakit kritikal di seluruh dunia. Buat yang berminat untuk menyertai sesi lelongan boleh mendaftarkan diri bermula 17 November sehingga 8 Disember 2021 di sini.
Foto: Disney Malaysia
Baca lebih lanjut: Membasmi Virus Covid-19 Di Rumah Bersama SK magic Dan Park Seo Jun
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
