Home > Gaya Hidup > Artis Malaysia Yang Melalui Perceraian Perit Pada 2023
Artis Malaysia Yang Melalui Perceraian Perit Pada 2023
Perceraian selebriti dilihat bagaikan trend beberapa tahun kebelakangan ini terutama di Hollywood.
Tahun 2023 menyaksikan beberapa mahligai perkahwinan artis popular berkecai dilanda badai. Ikatan cinta yang disemai bertahun-tahun tidak menjanjikan kebahagiaan abadi dan berakhir dengan perceraian.
Power couple, Joe Manganiello dan Sofia Vergara mengumumkan perpisahan mereka bulan lalu atas sebab tiada persefahaman. Selepas beberapa hari, peminat dikejutkan pula dengan berita perceraian Ariana Grande dan suaminya, Dalton Gomez.
Mangsa terbaharu adalah aktres Black Swan, Natalie Portman. Mahligai 11 tahun yang dibina bersama pereka tari Perancis, Benjamin Millepied musnah sekelip mata disebabkan orang ketiga. Industri hiburan tempatan juga tidak terlepas daripada berita perceraian selebriti.
GLAM Profil: Dr. Amanda Elli
Kembali Bercinta, Bunga Citra Lestari Selangkah Menuju Bahagia
TELEPUK: Masyhurkan Kembali Seni Warisannya
Sekitar Majlis Perkahwinan Pewaris Jordan, Putera Al Hussein & Rajwa Al Saif
The Devil Wears Prada: “Saya Depresi Disebabkan Watak Miranda Priestly” – Meryl Streep
“She’s The One” – Hero Malaya, Remy Ishak Dedah Keperibadian Ezza Yusof
Foto: Instagram/NST
Artikel berkaitan: 5 Perceraian Penuh Skandal Di Hollywood
Glam senaraikan perceraian selebriti yang menjadi bualan hangat tahun ini
Diana Danielle & Farid Kamil
Pasangan sama cantik sama padan ini sah bercerai talak satu pada 10 Ogos selepas gagal mempertahankan mahligai perkahwinan. Disebabkan kurang sihat dan tidak dapat hadir ke mahkamah, Farid melafazkan talak menerusi panggilan video. Mac lalu Diana menfailkan permohonan cerai atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya perbalahan berpanjangan. Mereka disatukan sebagai suami isteri pada 3 November 2021 dan dikurnia dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Foto: Instagram
Datuk ND Lala & Fauziah Sarman
Setelah 34 tahun hidup bersama dan memiliki empat cahaya mata, pengacara dan penyanyi veteran ini menceraikan isterinya pada 2 Ogos lalu. Fauziah memaklumkan lafaz cerai dibuat di Masjid AR Rahman, Bangsar dan hanya dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp empat hari kemudian. Rumah tangga pasangan itu bergelora setelah ND Lala didakwa berkahwin dengan sahabat zaman sekolah anaknya Shila Amzah. Malah Fauziah berkata bekas suami dan madunya sebenarnya telah pun bernikah sejak lapan tahun lalu.
Foto: Beautifulnara
Afiq Muiz & Pachara Apin
Kemelut rumah tangga aktor berusia 31 tahun ini menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu dengan isterinya pada 18 Julai lalu. Perceraian itu dibuat tanpa sebarang tuntutan daripada Pachara. Ini termasuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan. Afiq juga bersetuju menarik semua kes nusyuz yang difailkan pada 15 Jun di mana dia mendakwa isterinya berlaku curang. Pasangan ini berkahwin pada 2019 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Foto: MStar
Aziz M. Osman & Puteri Lily
Tiada angin tiada ribut, rumah tangga pelakon, pengarah dan penerbit ini yang dibina pada 6 Jun 2010 menemui penghujungnya bulan lalu. Puteri Lily memaklumkan keputusan itu bukanlah disebabkan orang ketiga tetapi kerana jodoh tidak panjang. Malah katanya perceraian itu tidak menjejaskan hubungan mereka demi kebaikan anak-anak, Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhamad Aryan.
Foto: Instagram
Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof
Selepas beberapa bulan naik turun mahkamah, Puteri Sarah menarik nafas lega selepas hasratnya untuk ‘dilepaskan’ menjadi kenyataan. Tanggal 14 Jun, Syamsul Yusof melafazkan talak satu terhadap aktres itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes perceraian selebriti ini antara topik bualan hangat sejak beberapa bulan ini. Rumah tangga mereka retak sejak empat tahun lalu disebabkan perbalahan berpanjangan dan kewujudan orang ketiga. Mereka mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurnia dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Foto: Utusan
See Also
Fyna Jebat & Datuk Zainal Abidin Hassan
Pasangan dengan perbezaan usia 31 tahun ini hanya sempat melayari bahtera perkahwinan selama empat bulan. Mereka dilaporkan berkahwin pada awal tahun namun bercerai Mei lalu. Rumah tangga Fyna dilandai badai sejak awal perkahwinan kerana tidak mendapat restu isteri pertama bekas jurulatih bola sepak itu, Datin Zalina Zaini.
Foto: Vocket
Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada
Pergolakan rumah tangga pasangan dihidu peminat selepas tularnya dakwaan bahawa Hafidz Rosli menjalin hubungan dengan wanita lain. Tanggal 22 Februari, aktor itu melafazkan cerai terhadap isterinya menerusi panggilan telefon bersaksikan keluarga. Perceraian mereka disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu. Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada 30 April 2016 dan berkongsi dua cahaya mata, Humairah dan Umar.
Foto: Instagram
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
