Related Stories
Ketulusan Seni Reka Sofistikated Jam Tangan Longines
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioJam tangan bukan hanya sebagai penanda masa. Kini ia lebih daripada itu. Longines tahu apa yang dimahukan oleh wanita dan mereka tidak gentar untuk terus menjulang cita rasa elegan sebagai asas penting dalam setiap rekaan jam tangan. GLAM kongsikan dua koleksi dari jenama jam tangan ini yang mempunyai cetusan seni rekaan paling sofistikated.
La Grande Classique de Longines
Sofistikated, timeless dan elegan adalah kunci gaya paling penting buat jam tangan Longines yang satu ini. Sejak pertama kali diperkenalkan pada 1992, La Grande Classique de Longines telah menambat hati para wanita kerana bentuk rekaan yang cukup nipis serta mempunyai pilihan palet yang lebih banyak. Rekaan yang cukup autentik ini menjanjikan satu stail lebih bermutu pada wanita sejak dahulu lagi. Kini La Grande Classique de Longines telah hadir dalam pelbagai versi yang mampu memenuhi kehendak semua.
https://www.instagram.com/p/CqAoDfnJ1Cm/
Rekaan tipis yang menjadi keunggulan jam tangan ini menggunakan material besi yang ditatah dengan berlain menambah lagi gaya glamornya. Ia hadir dalam saiz yang pelbagai seperti 24, 29, 33, 36, 37 dan 38 mm. Serta menambah variasi pada jam tangan adalah dialnya yang unik. Ada yang diperbuat menggunakan mother of pearl, mahupun lakuir memberi cetusan cukup sofistikated. Ia nyata memberi citra gaya sebenar apa makna elegan sekarang.
https://www.instagram.com/p/CqAoIFrJJkB/
Longines DolceVita
Satu jam tangan koleksi ini adalah cukup bermakna buat jenama ini kerana ia mencerminkan identiti jenama jam tangan ini. Pertama kali diperkenalkan pada 1997, jam tangan Longines DolceVita sebenarnya mendapat idea daripada jam tangan Longines yang pernah direka pada 1920-an. Maka boleh dilihat dengan jelas inspirasi Art Deco jelas kelihatan pada rekaan jam tangan ini. Paling memberi impak adalah bentuk jam tangan empat segi tepat yang sedikit menggambarkan juga keindahan badan Rome.
https://www.instagram.com/p/CqAqgr7JzZo/
Buat koleksi terbaru, gaya Art Deco dikemaskini dengan karakter yang lebih indah. Penggunaan rona perak menjanjikan juga gaya mewah pada wanita yang gemarkan jam tangan Longines. Selain itu, himpunan jam tangan ini menambah variasi yang mana talinya boleh ditukar ganti mengikut kehendak hati masing-masing. Tali material kulit ini hadir dalam saiz S atau M. Jenama jam tangan ini akan terus menggubah himpunan ini sejajar dengan ekspresi la dolce vita!
https://www.instagram.com/p/CqAqj7RJBSl/
Pengarah Kreatif: Aizat Aidid Pengarang Arloji: Zuhairie Sahrom Solekan: Sharman Dandanan: Bibian Gambar & Video: New Storyboard Production Penata Baju & Hijab: Tym Fatimah Lokasi: Mandarin Oriental Hotel Busana: Alia Bastamam
Artikel Berkaitan: Tiga Jenama Lokal Reka Busana Buat Longines
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
