fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Rutin Harian Menjadi Lebih Mudah Bersama Samsung Galaxy Z Fold4
Daniel Craig Dianugerah Darjah Kebesaran Sama Seperti Watak James Bond
Kylie Jenner Umum Kelahiran Cahaya Mata Lelaki
Samsung Galaxy Z Flip5 Dilancarkan, Kini Tampil Dengan Skrin Depan Lebih Luas!
Song Joong Ki Kembali Ke Layar Perak Menerusi Filem Noir
Home > Gaya Hidup > Dek Kebimbangan Melampau, Diana Danielle Kongsi Pengalaman Kesukaran Untuk Bernafas

Dek Kebimbangan Melampau, Diana Danielle Kongsi Pengalaman Kesukaran Untuk Bernafas

 

Pelakon jelita yang juga isteri kepada Datuk Farid Kamil, Datin Diana Danielle mengakui drinya mengalami kesukaran untuk bernafas beberapa hari ini dan keadaan itu adalah perkara menakutkan buat pelakon cantik itu. Melalui hantaran di laman Instagramnya baru-baru ini, Diana berkongsikan keadaan itu sudah berlarutan selama empat atau lima hari dan akui situasi itu berat untuk ditanggungnya.

https://www.instagram.com/p/B1REewRjiK6/

Menerusi kenyataan Diana lagi, doktor memaklumkan kepadanya bahawa tahap oksigennya berada pada paras 100 peratus manakala kadar degupan jantungnya sedikit tinggi daripada normal. Bagaimanapun, ia bukan punca kepada masalah kesihatan yang dialaminya.

Tambahnya lagi, dia tidak peduli akan keadaan rambut, rupa dan pakaian ketika itu dan mengatakan bahawa hanya mereka yang pernah mengalami apa yang dialami diriya boleh faham perkara yang dihadapinya. Diana juga ingin berkongsi perkara yang dialaminya demi untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai sindrom risau terlampau (anxiety attack).

https://www.instagram.com/p/B1TLi8_Fgar/

“Dada saya sakit disebabkan terlalu memaksa untuk bernafas. Tidak pernah saya bayangkan akan merakam video seperti ini dalam keadaan saya menangis dan ditunjuk kepada dunia,”- Diana Danielle.

Diana berkata lagi, ini adalah kebenaran yang harus dikongsikan kerana tidak ramai yang berani untuk kongsikan perkara seperti ini di Malaysia.

Sumber: HerInspirasi