Tiga Jenama Lokal Reka Busana Buat Longines
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSee Also
Ambersze, Innaired dan Nurita Harith dijemput untuk mereka busana khas yang diinspirasikan daripada jam tangan monokrom Longines DolceVita dan La Grande Classique de Longines.
Ambersze, Innaired dan Nurita Harith merupakan label feysen yang cukup kuat karakter kewanitaanya. Lantas ia membuka satu jemputan khas daripada Longines dan GLAM untuk melakar satu sejarah fesyen tanah air. Ia selari dengan pelancaran jam tangan monokrom Longines. Maka tiga jenama elegan ini dipilih bagi mereka busana khusus yang diideakan daripada Longines DolceVita dan La Grande Classique de Longines.
Ambersze merenung jauh hingga ke tahun 1832, bagi mencari idea dalam menghasilkan busana buat showcase khas bersama Longines. Jam tangan La Grande Classique de Longines menjadi pilihannya. Kerana bentuk bujur pada dail itu dapat diselarikan bersama skirt bulbous yang cukup terkenal era 30-an. Ditambah dengan rona merah yang bold itu, mencetuskan idea buatnya dalam menghasilkan party dress yang mengangkat siluet klasik 30-an. Tapi ia kekal moden dengan pemilihan fabrik yang kalis air, seperti jam tangan ikonik Longines. Menyemat idea elegan, Ambersze tidak lari dengan perincian yang feminin mengikut DNA rumah fesyennya.
https://www.instagram.com/p/ChtMz7ppale/
Kunjungi Pavilion Kuala Lumpur bermula 27 Ogos untuk melihat karya rekaan tiga jenama ini bersama jam tangan versi monokrom Longines DolceVita dan La Grande Classique de Longines. Showcase ini berlokasi di tingkat 3, hadapan SPAO Parkson Elite, Pavilion Kuala Lumpur.
Jangan lupa berkunjung ke butik Longines (Lot. 2.01.04) di Pavilion Kuala Lumpur untuk bermain Gaming Ball Machine dan memenangi hadiah istimewa daripada Longines (tiada pembelian diperlukan).
Pautan Berkaitan: La Grande Classique De Longines Kini Berwajah Monokrom
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT



