Related Stories
Anne Hathaway Kembali Ke Kerajaan Genovia, The Princess Diaries 3 Diarah Pengarah Malaysia
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioSah! Watak Princess Amelia Mignonette Thermopolis Renaldi yang dipegang oleh pelakon cantik Anne Hathaway akan kembali memerintah kerajaan Genovia dalam The Princess Diaries 3.
Selepas dua dekad tayangan filem The Princess Diaries 2: Royal Engagement, The Princess Diaries 3 telah diumumkan dan bakal diarahkan oleh pengarah kelahiran Malaysia iaitu Adele Lim. Lim merupakan penulis skrip yang terkenal dengan hasil karyanya seperti Crazy Rich Asians dan Raya and the Last Dragon serta mengarahkan filem komedi Joy Ride pada 2023.
The fairy tale continues…

Spekulasi tentang sekuel ketiga ini sudah menjadi bualan peminat setia francais ini selama bertahun-tahun dan The Hollywood Reporter pada 2022 mengesahkan bahawa filem ketiga akan dihasilkan.
Sebelum ini, watak Mia Thermopolis dibawa oleh Anne Hathaway dalam dua filem sebelumnya, tetapi terdapat sumber mengatakan Hathaway belum mempunyai perjanjian untuk kembali dan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan peminat yang ingin menonton kesinambungannya dan bukan reboot semula siri ini.
Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Hathaway mengumumkan berita gembira secara rasminya dia bakal berlakon dalam The Princess Diaries 3.
“Miracles happen. Back to Genovia with @adeleblim @disney @somewherepictures. The fairy tale continues,” tulis Hathaway.
Sorotan LainPanji Sakti Berkunjung Ke Malaysia Buat Konsert Pertama
David Beckham Berkorban Demi Ratu Elizabeth II
Terlepas KLSCM? Ini 5 Alternatif Acara Larian Ikonik Di Malaysia
Kate Middleton Bakal Mencipta Sejarah Diraja
Tom Pelphrey & Kaley Cuoco Berkongsi Momen Bahagia Sambut Anak Pertama
Gal Gadot Dedah Diugut Pengarah Ketika Penggambaran Justice League
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan tidak sabar untuk menonton The Princess Diaries 3.
Selain The Princess Diaries, dikhabarkan Disney sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sekuel filem The Devil Wears Prada yang juga pernah dilakonkan oleh Hathaway. Namun, belum ada pengesahan sama ada mereka masih mengekalkan pelakon yang sama antaranya Hathaway sebagai Andy Sachs, Meryl Streep dan Emily Blunt.
Artikel Berkaitan: The Princess Diaries Bakal Kembali!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
