fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Butiran Perkahwinan Putera Mateen & Fakta Menarik Bakal Isteri, Anisha Rosnah
Will Smith Dedah Impak ‘Oscar Slap’ Terhadap Filem Emancipation
Idea Hadiah Hari Bapa Mewah & Eksklusif 2025, Pasti Buatnya Terharu
Peluncuran Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Terbaharu
GLAM FIRST: Galaxy S21+ Janjikan Gaya Lebih Epik!
Home > Gaya Hidup > Siap Diri Untuk Tahun 2023, Ini Checklist Untuk Anda

Siap Diri Untuk Tahun 2023, Ini Checklist Untuk Anda

Mulakannya dari sekarang, tidak perlu tunggu hingga tibanya 1 Januari 2023 nanti. Kami kongsi checklist siap diri untuk anda!

Sudah seperti menjadi perkara biasa setiap kali tibanya tahun baru untuk kita restart kembali diri kita. Ada yang menyimpan azam untuk menjadi yang lebih baik, dan ada juga yang punya misi dan gol tersendiri. Bagi kami, tidak perlu untuk anda tunggu sehingga tibanya tahun baru untuk memulakan segala impian anda itu. Mulakan daripada sekarang untuk lihat agar anda mampu kekal atau tidak untuk terus melaksanakannya. 

Selain daripada membina impian setinggi gunung, GLAM turut ingin menekankan betapa pentingnya untuk mempersiapkan diri daripada segi mental dan fizikal. Senang kata, ‘self-care’. Walaupun Sudah diperdengarkan semenjak beberapa tahun yang lalu, penjagaan diri ini sebenarnya masih relevan dan amat penting terutama sekali untuk kesihatan tubuh badan anda. 

Hari ini kita melihat ramai yang semakin gigih dan bertungkus-lumus bekerja, membanting tulang saban hari demi sesuap nasi. Sudah tiba masanya untuk anda punya break moment dan mendengar apa yang diingini oleh diri anda sendiri. 

GLAM Kongsi Checklist Siap Diri Untuk Tahun 2023

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Luang masa berjalan pagi setiap hari

Percayalah ini adalah satu aktiviti yang baik untuk diri anda. Jikalau boleh, luangkan masa untuk Berjalan menghirup udara segar pagi dan melihat keindahan alam sekeliling. Seperti pepatah dilaung Hippocrates, “Jika anda sedang mengalami mood yang tidak baik, pergilah berjalan. Dan jika anda masih lagi dalam keadaaan yang tidak baik, berjalanlah lagi.”

Jangan setiap pagi, perkara pertama anda lakukan adalah mencari telefon untuk melihat media sosial yang penuh toksik di dalam diam. Saranan kami, luangkanlah masa berjalan pagi setiap hari. Anda pasti akan rasa lebih segar untuk memulakan hari. 

 Siap Diri

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse