fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GBC Love Wellness: 7 Sebab Terapi Holistik Penting Untuk Kesihatan Mental & Jiwa
7 Tempat Makan Romantik Paling Luar Biasa Di Asia
Spekulasi Kehamilan – Neelofa Beri Petunjuk Baharu?
Kulit Majalah Vogue Kamala Harris Cetus Kontroversi
Ini 5 Sebab Kenapa Sesetengah Rumah Tangga Gagal
Home > Gaya Hidup > Sinergi Muzik Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna

Sinergi Muzik Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna

Aizat Amdan dan Sekumpulan Orang Gila (SOG) mencipta sinergi muzik bersama Yuna menerusi karya penuh emosi, ‘Ajar Aku’, yang menyatukan dua dunia berbeza dalam sebuah kolaborasi yang cukup bermakna.

Selepas lebih 20 tahun mewarnai industri muzik menerusi rangkaian lagu yang menyentuh emosi pendengar seperti Sungai Lui dan Lagu Kita, Aizat Amdan kini kembali dengan sisi baharu dalam evolusi seninya menerusi lagu terbaharu, “Ajar Aku”, hasil kolaborasi bersama Sekumpulan Orang Gila. Diterbitkan di bawah Kasi Gegar Entertainment, karya ini menyulam dua pesona muzik yang berbeza iaitu balada dan pop rock. Namun, dengan maksud lagu, lirik dan melodi yang begitu peribadi, Aizat Amdan bersama Sekumpulan Orang Gila saling melengkapi antara satu sama lain, sekali gus melahirkan sebuah karya yang jujur dan timeless. Yuna turut membuat kemunculan vokal istimewa dalam “Ajar Aku” serta menggalas peranan sebagai Pengarah Seni bagi muzik video, yang diarahkan oleh suaminya, Adam Sinclair.

‘Dari Studio Podcast’ Menjadi Saksi

Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna Bergabung Sinergi Mencipta Lagu ‘Ajar Aku’

“Ajar Aku” tercipta secara spontan ketika sesi rakaman “Dari Studio Podcast”, sebuah podcast yang dipacu oleh Aizat Amdan yang sering berbicarakan tentang proses penciptaan lagu secara langsung bersama tetamu jemputan. Sekumpulan Orang Gila (SOG) yang hadir sebagai tetamu pada episod Mei tahun lalu turut terlibat dalam proses kreatif sehingga terhasilnya lagu tersebut sepanjang sesi rakaman berlangsung. Sewaktu episod bersama SOG sedang berjalan, mereka banyak mengupas tentang muzik, evolusi seni dan pengalaman di dalam industri kreatif Malaysia.  Detik awal penghasilan lagu itu juga boleh disaksikan menerusi episod “Dari Studio EP34” di platform YouTube.

Titik Temu Dua Identiti Muzik

Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna Bergabung Sinergi Mencipta Lagu ‘Ajar Aku’

Sekumpulan Orang Gila (SOG) yang cukup dikenali dengan genre post-hardcore, pastinya mengejutkan orang ramai dengan kolaborasi bersama Aizat Amdan, yang sering membawakan lagu bersama alunan lembut. Suara Raja Nazrin Shah yang lebih dalam apabila digandingkan bersama gaya nyanyian Aizat yang penuh jiwa sekaligus menciptakan karya unik di landskap muzik Malaysia kini. Menurut Aizat Amdan, proses mencari keseimbangan antara dua dunia muzik tersebut merupakan antara cabaran terbesar sepanjang sesi rakaman berlangsung. Perbezaan suara mereka memerlukan pelbagai percubaan untuk memastikan kedua-dua identiti kekal namun tetap terdengar seimbang. Bersama sentuhan produksi Anas Amdan yang bertanggungjawab dalam pembentukan susunan muzik, termasuk penggunaan elemen ‘strings’ serta tekstur sinematik yang memberikan elemen lebih dramatik kepada keseluruhan lagu tersebut.

Hubungan mereka yang kian erat sewaktu pembuatan lagu ini turut menjadikan proses menghasilkan ‘Ajar Aku’ terasa lancar dan bermakna. Aizat Amdan mengatakan bahawa Sekumpulan Orang Gila (SOG) sentiasa menunjukkan sokongan dalam setiap keputusan yang dilakukan untuk menghasilkan karya tersebut. Setiap pertemuan mereka, sama ada di studio mahupun bermain bola sepak bersama, menzahirkan sinergi yang tidak hanya terhad kepada muzik, malah turut terjalin dalam bentuk persahabatan.

‘Ajar Aku’ Membawa Makna Yang Cukup Mendalam

Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna Bergabung Sinergi Mencipta Lagu ‘Ajar Aku’

Lagu baharu daripada Aizat Amdan dan Sekumpulan Orang Gila (SOG) ini bukan sebuah lagu biasa, sebaliknya sarat dengan makna yang tersirat. Ia membawa konsep yang menyentuh sisi kehidupan manusia yang pastinya ramai boleh rasai. Ianya tentang kecekalan untuk menundukkan ego demi menerima ilmu, cinta serta bimbingan di dalam kehidupan. Penyanyi ‘Sampai ke Hari Tua’ itu mengatakan bahawa walaupun lagu ini tidak berlandaskan pengalaman tertentu tetapi rangkuman pengalamannya sepanjang hidup dan kerjayanya. Ia mengangkat kisah tentang individu yang masih mencari arah kehidupan dan tidak malu untuk meminta panduan. Kadangkala, manusia terlalu dibatasi oleh ego untuk menerima nasihat, sedangkan proses pembelajaran itu sendiri merupakan sebahagian daripada liku-liku hidup.

Aizat Amdan berharap karya ini dapat diterima sebagai sebuah eksperimen muzik yang memiliki nilai artistik tinggi tanpa mengorbankan jiwa dan identiti. Aizat turut berharap para pendengar dapat menerima gabungan bunyi baharu ini serta melihat bahawa muzik tempatan mampu bereksperimen tanpa kehilangan emosi dan kejujuran dalam setiap karya yang dihasilkan.

Sentuhan Kreatif Yuna

Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna Bergabung Sinergi Mencipta Lagu ‘Ajar Aku’

Kehadiran Yuna di dalam lagu ini ternyata memberi sentuhan magis yang melengkapkan proses penghasilannya. Semuanya bermula apabila Yuna secara kebetulan turut hadir di studio ketika proses rakaman sedang berlangsung. Lebih istimewa, Yuna yang tidak menggemari sebarang penggunaan AI menentang apabila dia mendengari bahagian vokal wanita pada penghujung lagu pada asalnya hanya menggunakan suara AI sebagai demo sementara. Lantas, Yuna Yuna mengambil keputusan untuk merakam sendiri vokal tersebut, sekali gus menggantikan penggunaan AI dengan sentuhan yang lebih hidup. Turut menjadi pengarah kreatif di samping suami, Adam Sinclair sebagai pengarah untuk muzik video ‘Ajar Aku’, Yuna berkongsi sewaktu di sidang akhbar bahawa Aizat Amdan dan Sekumpulan Orang Gila menyentuh hatinya bersama karya yang jujur dan sarat makna. 

Artikel berkaitan: Tarung: Unforgiven Bariskan Pelakon Lelaki Berbakat