Related Stories
Butiran Perkahwinan Putera Mateen & Fakta Menarik Bakal Isteri, Anisha Rosnah
Barisan putera hangat dunia seperti Putera Harry dan Putera Hussein dari Jordan telah pun menemui ratu hati masing-masing dan berumah tangga. Kini giliran Putera Mateen pula menamatkan zaman bujangnya.
Dua hari lalu, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara Brunei mengumumkan perkahwinan Putera Mateen dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah.
Perkahwinan Diraja itu akan berlangsung dengan penuh adat-istiadat selama sepuluh hari. Ia dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024 diikuti Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga 8 Januari.

Seterusnya Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja serta Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari. Serta Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari dan Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.
Acara diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari, serta Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.
Jadi siapakah wanita kacukan yang berjaya mencuri hati Putera Mateen?
Anisha Rosnah Isa-Kalebic bukan calang-calang wanita. Dia merupakan cucu penasihat Sultan Hassanal Bolkiah, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa bin Awang Ibrahim yang diberi gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada 1970. Setahun kemudian, beliau bergelar Penasihat Am buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei sehinggalah tahun 2005.

Foto: Instagram
Datuknya juga merupakan pengasas syarikat penerbangan Royal Brunei dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi dari 1974 hingga 1984.
Walaupun kisah pertemuan pertamanya dengan anak kesepuluh Sultan Brunei tidak pernah didedahkan kepada umum, ia mungkin ada kaitan dengan abangnya.
Daniel Deen Isa-Kalebic yang berusia 32 tahun itu merupakan sahabat baik Putera Mateen sejak kecil. Malah mereka bertiga juga pernah dirakam bermain bersama sewaktu kanak-kanak. Justeru tidak menghairankan jika bibit-bibit percintaan antara merpati dua sejoli itu mekar dari semasa ke semasa.

Foto: Instagram
‘Beauty with brain’ menterjemah pemilik nama Anisha Rosnah dengan sempurna. Dia bukan sekadar memiliki kecantikan semula jadi dengan sepasang mata bening dan senyuman manis, malah berpendidikan tinggi.
Gadis berusia 29 tahun ini merupakan graduan salah sebuah universiti tersohor di United Kingdom. Dia dilaporkan memiliki perniagaan sektor pelancongan, Aunthentinerary yang diusahakan bersama rakan baiknya.
Jelitawan yang mempunyai aura Kate Middleton ini juga gemar berkongsi video masakan di satu-satunya akaun Instagram miliknya, anishakitchen.

Foto: Instagram
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
