Related Stories
The future is finally here! Samsung telah mengukir sejarah dengan menampilkan telefon pintar paling kehadapan. Ia merangkumi segala kesempurnaan, keperluan dan kehendak pengguna. The device that doesn’t just define a new category, it defies all categories — the Samsung Galaxy Fold.
Sifat fizikalnya cukup luar biasa, ia memperhalusi gaya hidup masa kini yang canggih, beralih jauh dari sifat fizikal tradisional telefon bimbit yang sedia ada.
https://www.youtube.com/watch?v=0D0mtyHpEdU
Pertama Seumpamanya
Galaxy Fold menggabungkan ciri-ciri telefon pintar dan tablet yang mendefinisikan kembali peranti mudah alih baru yang menggabungkan pengalaman first-of-its-kind user experience baik dari faktor reka bentuk dan bahan baru kepada UX unik yang boleh dilipat, kamera berkuasa tinggi dan prestasi premium. Samsung bekerja bersama-sama rakan kongsi untuk mewujudkan UX yang sama sekali baru yang akan mengubah cara anda menggunakan peranti mudah alih dan memanfaatkan sepenuhnya reka bentuk dilipat dengan penutup dan paparan utama.
https://www.youtube.com/watch?v=ujBLhABgeWI
Tidak berpaksi pada rupa fizikal sahaja, Galaxy Fold bakal mengubah cara anda mengguna, berkongsi dan mengedit kandungan mudah alih. Apabila peranti ini dilipat, anda boleh merakam video dan kemudian buka peranti untuk menontonnya pada skrin yang lebih besar menerusi App Continuity yakni peralihan lancar video dari paparan penutup ke paparan utama. Dengan Multi-Active Window, anda boleh menjalankan tugas yang berbeza dalam satu masa seperti mengedit rakaman, semak imbas galeri foto dan menyemak e-mel.
Ciri-Ciri Unik
Genggaman lebih kemas
Galaxy Fold telah dibangunkan dengan reka bentuk ergonomik yang membolehkan anda dengan mudah menggunakan satu tangan apabila dilipat berbanding telefon pintar konvensional – 62.8mm lebar apabila dilipat dan 160.9mm panjang – untuk kemudahan penggunaan maksimum.
https://www.youtube.com/watch?v=T38ofm5PA_I
App Continuity
Galaxy Fold memenuhi keperluan dan keutamaan dengan App Continuity, sebahagian daripada UX jenama yang baru dibangunkan khusus. App Continuity membolehkan anda menyemak e-mel pada skrin depan dan membuka paparan utama untuk mendedahkan papan kekunci yang besar untuk membalas dengan lebih mudah.
Paparan Luar Biasa
Dengan Galaxy Fold, membawa pengalaman tontonan anda ke tahap lebih hebat. Galaxy Fold dilengkapi Dynamic AMOLED Infinity Flex Display HDR10+ untuk kontras yang lebih tinggi. Paparan Eye Comfort mengurangkan pelepasan cahaya biru tanpa menjejaskan kualiti gambar.
https://www.youtube.com/watch?v=1aX039gTDEY
Galaxy Fold tersedia untuk dibeli di pengedar sah Samsung di seluruh negara, pada harga RM8,388 terdapat dalam warna Cosmos Black dan Space Silver.
Berminat untuk merasai sendiri pengalaman hebat Samsung Galaxy Fold ini, sila layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-fold/participating-outlets/
Untuk maklumat lanjut mengenai pesanan dan produk Galaxy Fold, https://www.samsung.com/my/smartphones/ galaxy-fold /
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
