Related Stories
Penat Bekerja Sampai Letih Emosi? Ini 5 Cara Elak Burnout di Tempat Kerja!
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full Bio
Sempena Hari Pekerja yang diraikan setiap 1 Mei, sudah tiba masanya untuk kita memberikan perhatian serius terhadap kesejahteraan diri di tempat kerja. Dalam dunia kerja yang serba pantas hari ini, ramai yang tidak sedar mereka sedang mengalami burnout. Jadi, penting untuk kita fahami apa itu burnout dan bagaimana untuk mengelakkannya.
Apa itu burnout?
Secara ringkasnya, apa itu burnout? Burnout ialah keadaan keletihan emosi, mental dan fizikal yang berpunca daripada tekanan berterusan di tempat kerja. Ia bukan sahaja membuatkan seseorang merasa lesu, malah boleh menjejaskan prestasi, hubungan sosial dan kesejahteraan keseluruhan serta sukar untuk merasa puas dengan pencapaian sendiri Jika anda sering berasa letih walaupun selepas bercuti, kurang motivasi untuk bekerja, atau mula berasa sinis terhadap tugasan anda, ini mungkin tanda awal anda sedang mengalami burnout.
Memahami apa itu burnout penting kerana ramai pekerja sering mengabaikan tanda-tanda awal, dengan menganggap ia hanya ‘keletihan biasa’. Malangnya, jika tidak ditangani, burnout boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, keresahan berlebihan, malah penyakit fizikal seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Menurut kajian dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), burnout kini diklasifikasikan sebagai fenomena pekerjaan yang serius Setelah anda tahu akan apa itu burnout, demi untuk menjaga diri anda, berikut adalah beberapa tip praktikal mencegah burnout:
1. Tetapkan batasan masa kerja

Salah satu langkah penting selepas memahami maksud burnout ialah menetapkan had waktu kerja. Elakkan membawa kerja pulang dan pastikan anda ada masa untuk rehat dan keluarga.
2. Gunakan hak cuti anda
Secara mudahnya, apa itu burnout adalah satu persoalan yang di mana ia menyentuh soal cuti yang mana apabila seseorang mengalami keletihan ini, mereka sememangnya digalakkan untuk mengambil cuti. Ia bukan sekadar hak, tetapi keperluan untuk kesihatan mental. Jangan rasa bersalah untuk mengambil cuti bagi mengelakkan burnout.
3. Urus tugasan dengan lebih terancang
Belajar mengurus masa dan keutamaan tugas membantu mengurangkan tekanan. Fokus pada satu tugasan pada satu masa dapat meningkatkan kecekapan tanpa menjejaskan kesihatan anda.
4. Amalkan gaya hidup sihat
Senaman ringan, tidur yang mencukupi, dan pemakanan sihat adalah benteng utama dalam menghalang burnout. Selepas mengetahui apa itu burnout, penting untuk memperbaiki gaya hidup anda seiring.
5. Cari sokongan emosi

Berbincang dengan rakan sekerja atau berjumpa dengan kaunselor jika perlu. Kadangkala, meluahkan apa yang dirasai membantu mengurangkan beban emosi.
Kini anda sudah tahu apa itu burnout dan kesannya terhadap diri anda. Sempena Hari Pekerja ini, ambil peluang untuk menilai semula keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi anda. Ingatlah, kejayaan kerjaya yang sebenar bermula dengan kesihatan mental dan fizikal yang kukuh.
Mencegah lebih baik daripada merawat. Jaga diri anda sebelum burnout menjejaskan segalanya!
Artikel berkaitan: Pekerjaan 10 Selebriti Sebelum Bergelar Bintang Hollywood
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
