Related Stories
Aksi Mesra Kendall Jenner & Kekasih Baru Berjaya Dirakam Paparazi
Selepas tular gosip percintaan Kendall Jenner dan Bad Bunny dua minggu lalu, bukti hubungan mereka akhirnya tersebar di media sosial.
Beberapa hari lalu Kendall dan Bad Bunny dilihat memeluk satu sama lain sebelum berkucupan selepas menikmati makan malam di restoran Sushi Park di West Hollywood, California. Supermodel berusia 27 tahun itu kemudiannya melemparkan senyuman manis dan mengucapkan selamat tinggal kepada kekasihnya sebelum berlalu pergi.

Foto: The Daily Stardust/ShotbyNYP/Backgrid

Foto: The Daily Stardust/ShotbyNYP/Backgrid
Pasangan itu dilaporkan menikmati makan malam bersama adik Kendall, Kylie Jenner dan rakan baik mereka, Taco atau nama sebenarnya Travis Bennett. Mereka tiba lebih awal disusuli Bad Bunny dan meninggalkan restoran pada waktu sama sekitar 10 malam sebelum beredar menaiki kenderaan masing-masing.

Foto: The Daily Stardust/ShotbyNYP/Backgrid

Foto: The Daily Stardust/ShotbyNYP/Backgrid
Janji Temu Pertama Kendall Jenner & Bad Bunny
Bulan lalu spekulasi percintaan keduanya hangat diperkatakan selepas laman gosip selebriti, Deuxmoi mendedahkan perhubungan mereka kepada umum. “Model terkenal berstatus solo dilihat bercumbu dengan Bad Bunny di sebuah kelab malam persendirian di Los Angeles malam tadi,” tulisnya.
Pemilik akaun DeuxMoi kemudian menamakan wanita itu sebagai Kendall. Dia menyatakan terdapat beberapa saksi yang melihat aksi mesra pasangan tersebut di Bird Street Club.
“Saya mempunyai saksi di tempat kejadian yang melihat Kendall berhibur di kelab. Kendall meninggalkan kelab malam dan memasuki keretanya. Dua minit kemudian, kereta Bad Bunny pula dipandu keluar.”
Sorotan LainGLAM Profil: Kuasa Imej Amani AzlinRicky Martin Berhadapan Dengan Tuduhan Sumbang Mahram
Potret Putera Harry & Meghan Markle Dilaporkan Menghina Kerabat Diraja Britain
Lisa BLACKPINK Dikritik Hebat Kerana Persembahan Lip-Sync di Festival Global Citizen
Perpisahan Leonardo Dicaprio & Camila Morrone Jadi Bahan Jenaka Di Twitter
Disebalik Stereng, Kembalinya Keyakinan Diri![]()
Hanya selepas sehari, pasangan itu sekali lagi dilihat meluangkan masa berdua dengan menikmati makan malam romantis di Beverly Hills. Mereka kemudian dirakam meninggalkan restoran melalui pintu belakang secara berasingan.

Foto: Page Six
Bagaimanapun percintaan itu mencetuskan kekecewaan di kalangan peminat Bad Bunny. Mereka turut meninggalkan respons negatif di akaun Instagram Kendall dan memintanya menjauhkan diri daripada pemilik nama Benito Antonio Martinez Ocasio.
“Kecewanya melihat Bad Bunny asyik bercinta dengan wanita kulit putih sahaja,” komen seorang peminat. Seorang lagi menambah, “Oh, Kardashian/Jenner cuba merosakkan seorang lagi selebriti terkenal. Jauhkan ‘syaitan’ itu daripada Benito!”
Kendall yang sebelum ini menjadi bahan senda di internet kerana sering bertukar teman lelaki berpisah dengan pemain bola keranjang profesional, Devin Booker buat kali kedua pada November 2022. Bad Bunny pula berpacaran dengan pereka barang kemas dan model Puerto Rico, Gabriela Berlingeri sejak 2017. Bagaimanapun terdapat ura-ura yang mengatakan mereka telah pun membawa haluan masing-masing tahun lalu.
Foto: Getty Images
Baca: Kendall Jenner Tayang ‘Anugerah’ Teman Lelaki, Devin Booker
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
