Fenomena Basikal: Sekadar Trend Ketika Pandemik?
Trend menunggang basikal di jalan raya ini bukanlah baharu. Tetapi kini menjadi fenomena lebih-lebih lagi ketika penularan virus Covid-19 di Malaysia.
Sejak bermulanya pandemik Covid-19 di Malaysia, pelbagai trend telah muncul untuk memenuhi masa yang terluang lebih-lebih lagi ketika perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Ada yang mula bersenam di rumah, mencuba resipi baharu setiap hari ataupun menjinakkan diri dengan aplikasi hangat, TikTok. Tetapi, satu trend telah menjadi kegilaan ramai ketika pandemik ini, iaitu aktiviti basikal jalanan.
Trend ini bukanlah sesuatu yang baharu. Beberapa tahun lalu, ramai anak muda yang menunggang basikal fixie. Kini, basikal jalan raya pula menjadi kegilaan ramai. Ia mengihdupkan komuniti baharu tanpa mengira usia dan jantina. Tidak ketinggalan barisan selebriti lokal seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Alif Satar, Syafiq Kyle, Nabila Razali, Bella Dally dan ramai lagi.
Saya merasakan trend berbasikal di atas jalan raya ini mula meningkat kerana penularan pandemik Covid-19 yang telah melumpuhkan pergerakan di seluruh dunia. Ramai yang tidak boleh melancong ke luar negara. Ini menjadi alternatif baharu sebagai aktiviti riadah yang cukup menyihatkan. Selain dapat mengurangkan risiko penyakit, ia dilihatkan dapat membantu kesihatan mental sebagai ‘escape’ kepada tekanan sosial yang terjadi ketika pandemik ini. Trend ini turut telah menghidupkan komuniti yang dapat mencipta ikatan silaturahim bersama rakan-rakan penunggang lama dan baharu.
Tidak boleh dinafikan, pandemik ini telah memberi impak yang negatif kepada kelangsungan ekonomi di Malaysia. Ramai yang terkesan, lagi-lagi peniaga kecil dan penjaja. Aktiviti basikal jalan raya ini sedikit sebanyak dapat membantu kegiatan ekonomi lokal seperti kedai makan atau kafe yang menjadi lokasi buat komuniti ini untuk mengisi perut dan berehat sebelum, selepas atau ketika aktiviti berbasikal dijalankan.

Trend Yang Membahayakan Keselematan?
Walau bagaimanapun, trend berbasikal di jalan raya ini turut menimbulkan permasalahan terutamanya melibatkan keselamatan penunggang dan pengguna jalan raya lain. Polis Diraja Malaysia telah merekodkan sejumlah 56 kematian daripada 137 kes kemalangan bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun lalu, selain puluhan lagi yang mengalami kecederaan. Penunggang basikal perlu mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya demi menjamin keselamatan semua. Lebih-lebih lagi buat komuniti muda yang baru berjinak dengan aktiviti riadah ini.
Malaysia bukanlah seperti The Netherlands. Amsterdam antara bandaraya yang dikenali sebagai pusat budaya basikal dunia. Tidak mengejutkan, bandaraya mesra basikal itu mempunyai lebih banyak basikal daripada jumlah penduduk. Dalam kebangkitan jumlah penunggang basikal di jalan raya, kerajaan Malaysia perlu menambahkan lagi kemudahan seperti pembinaan laluan basikal dan ruang khas untuk meletakkan basikal. Ini dapat menjamin tahap keselamatan buat pengguna jalan raya, terutamanya penunggang basikal.

Buat peminat Louis Vuitton yang mahu mandapatkan aksesori baharu, rumah fesyen Perancis ini telah mengeluarkan sebuah koleksi LV Bike yang merupakan sebahagian daripada himpunan Art de Vivre. Koleksi ini adalah hasil kolaborasi Louis Vuitton bersama Maison TAMBOITE Paris, sebuah artisanal basikal sejak 1912 di Paris. Koleksi yang menampilkan desain monogram signature dalam bentuk ikonik ‘LV’ ini boleh didapati di butik Louis Vuitton.
Baca lebih lanjut: Tanpa Kim Cattrall, ‘Sex and the City’ Akan Kembali Di HBO Max
Foto: Louis Vuitton
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
