Related Stories
Tanpa Kim Cattrall, ‘Sex and the City’ Akan Kembali Di HBO Max
Pelakon utama ‘Sex and the City’, Sarah Jessica Parker, Cythia Nixon dan Kristin Davis telah berkongsi berita gembira itu melalui akaun Instagram masing-masing semalam.
Berita baik buat peminat Sex and the City! Siri hangat itu akan kembali mengubati kerinduan peminat dengan musim baharu yang akan ditayangkan secara eksklusif di HBO Max. Pelakon utama iaitu Sarah Jessica Parker, Cythia Nixon dan Kristin Davis telah mengesahkan penglibatan mereka. Tidak mengejutkan, Kim Catrall yang memegang watak ikonik Samantha Jones tidak akan mengertai siri yang bermula sejak 1998 itu.
Pelakon utama Sarah Jessica Parker, Cythia Nixon dan Kristin Davis telah berkongsi berita gembira itu melalui akaun Instagram masing-masing semalam. Video itu berlatarkan kesibukan kota New York dengan tulisan “And just like that…” dan diikuti dengan “The story continues…”. Sarah Jessica Parker turut menulis kapsyen “I couldn’t help but wonder… where are they now?” pada video itu.

Musim baharu ini akan mengikuti Carrie Bradshaw (Sarah Jessica Parker), Charlotte York (Kristin Davis) dan Miranda Hobbes (Cynthia Nixon) dalam meneruskan persahabatan juga kehidupan mereka dalam menjejaki usia 50-an. Rakaman akan bermula di kota New York pada musim bunga nanti.
Bermula pada 1998, siri ini telah ditayangkan selama enam musim sehingga 2004. Ia dihasilkan oleh Darren Star dengan berdasarkan buku tulisan Candace Bushnell pada 1997. Siri ini turut diadaptasikan kepada dua filem iaitu Sex and the City pada 2008 and Sex and the City 2 pada 2010.
Sejak penggambaran filem Sex and the City 2, Kim Catrall telah menjarakkan diri daripada siri itu. Dia dan Sarah Jessica Parker dikatakan sudah tidak sehaluan. Rakaman filem ketiga turut dibatalkan selepas Kim Catrall menarik diri pada 2016. Tanpa watak Samantha Jones, adakah musim baharu ini berjaya seperti siri terdahulu?
Baca lebih lanjut: Cuba #Veganuary Bulan Ini
Foto: Sex and the City
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
