Kenali Beam, Pelakon Utama Siri ‘Thai Cave Rescue’ , Terbaru Di Netflix
Beam atau nama sebenar Papangkorn Lerkchaleampote memegang watak Jurulatih Eak dalam siri ‘Thai Cave Rescue’ meninggal dunia pada Mac 2022.
Siapa yang sudah menonton siri ‘Thai Cave Rescue’ di Netflix pasti sedikit sebanyak terkesan kembali dan mengingatkan kita kepada tragedi yang pernah menggegar dunia pada tahun 2018. Beam yang memegang watak utama dalam siri ini mendapat perhatian ramai kerana keberkesanan lakonannya yang dikatakan berjaya mengikat emosi penonton.
Beam dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada Mac 2022 di usia 25. Perbualan ini kembali menjadi topik terutama sekali di kalangan netizen Malaysia setelah menonton siri ini yang baru disiarkan di Netflix.

Siapakah Beam?
Dilahirkan pada 31 Ogos 1996, Papangkorn Lerkalampote atau dikenali sebagai Beam mula aktif di dalam dunia hiburan sebagai pelakon serta model. Mendiang menjadi popular menerusi watak di dalam filem komedi romantik “Water Boy” pada Tahun 2015, tahun yang sama dia debut di dalam industri. Beam juga memiliki bentuk badan yang ideal kerana mendiang aktif di dalam sukan taekwando, langsung dia ditawarkan watak untuk beberapa siri Netflix popular, Nong Mai Rae Borisate, Mr Murman, Sleepless Society, Bang Rachan dan banyak lagi.
Beri Impak
Melalui klip video istimewa, Beam berkongsi yang beliau sebelum ini bukanlah seorang yang mesra bersama kanak-kanak, pada mulanya ia adalah satu cabaran buat dia, namun setelah berkenalan dengan Jurulatih Eak (sebenar), dia berupaya mendalami karakter dan mula mendekati pelakon kanak-kanak yang lain. Malah dipuji sendiri Pengarah siri ini, Kevin Tancharoen,
Beam seorang abang yang sangat baik. Anda boleh nampak yang dia sentiasa bersama, bergurau dan berseronok dengan pelakon kanak-kanak yang lain. Anak-anak ini memandang dia tinggi dan dia menjadi contoh yang baik untuk mereka. Beam memudahkan kerja saya, dia membuatkan saya lebih tenang setiap kali mengarah.
Sorotan LainGBC Love Wellness: Sesi Dandan Rambut di COCOdry Bangsar
Ikut Jejak Ibu, Puteri Heidi Klum Hiasi Cover Vogue Buat Kali Pertama
Undang Sebak! Angelina Jolie Menghantar Anaknya Sambung Pelajaran Di Universiti
5 Filem Fesyen Ikonik Sepanjang Zaman
GLAM Profil: John Ang
Bintang Avengers, Jeremy Renner Kritikal Akibat Kemalangan![]()
Thai Cave Rescue
Siri terhad yang kini disiarkan di Netlfix ini berkisarkan tragedi 13 mangsa yang merupakan ahli pasukan bola sepak muda, Wild Boars, dari Wilayah Chiang Rai, Thailand. Pada 23 Jun 2018, mereka yang pada mulanya sekadar ingin berjalan-jalan di dalam Gua Tham Luang akhirnya bertukar tragedi apabila mereka terperangkap di gua tersebut kerana tidak menyedari cuaca yang sangat teruk sedang melanda di luar gua. Paras air semakin meninggi, mereka terperangkap selama 18 hari sebelum penyelamat berjaya mengeluarkan mereka.
Pautan Berkaitan: Rutin Harian Menjadi Lebih Mudah Bersama Samsung Galaxy Z Fold4
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
