“Saya Pentingkan Keselamatan Teknologi Dan Pengalaman Keselesaan Ketika Memandu” – Yaya Zahir
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioYaya Zahir, seorang pengacara, pelakon dan pengasas jenama fesyen yang sering tampil dalam kaca tv dan sosial media berkongsi pengalaman memandu uji Volvo EX30 yang sempurna bagi wanita berkerjaya.
Sebagai seorang pengasas jenama fesyen dan pada masa yang sama perlu menyeimbangkan waktu sebagai seorang pengacara, Yaya Zahir menitikberatkan ciri-ciri keselamatan kenderaan ketika pemanduan. Bagi Yaya Zahir, aspek keselamatan amatlah penting bagi menjamin keselesaan ketika pemaduan lebih-lebih lagi apabila Yaya sering bergerak bagi menjalani rutin hariannya.
Ikuti temu bual bersama usahawan dan pengacara, Yaya Zahir yang berkongsi pengalaman memandu uji Volvo EX30:
1. Apakah tanggapan pertama anda tentang Volvo EX30?
Tanggapan pertama saya ketika melihat Volvo EX30 ialah selesa dan selamat.
2. Bagaimanakah pengalaman anda ketika memandu Volvo EX30?
Saya amat menyukainya! Bagi saya, Volvo EX30 memberi kelancaran dan ketenangan memandu, dilengkapi dengan kabin yang bersih dan minimalis. Saya juga gemari sistem bunyi Harman Kardon Premium Sound yang menyempurnakan pengelaman mendengar muzik di dalam kenderaan dengan kualiti audio yang tinggi. Paling penting sekali, Volvo menitikberatkan reka bentuk, pilihan bahan dan ujian untuk membuat kereta yang dipandu untuk setiap perjalanan selamat dan selesa.
3. Apakah teknologi terkini Volvo EX30 yang anda paling gemari?
Kesemuanya! Segala fungsi dan teknologi terkini yang hadir dalam EX30 menawan hati saya. Daripada memilih tema cahaya ambien dalaman hingga ke ciri-ciri keselamatan, semua sempurna bagi saya.

4. Apakah ciri keselamatan Volvo EX30 yang benar-benar mengagumkan anda?
Sebagai seorang yang mudah terganggu dan mengantuk, saya amat kagum dengan Safe Space Technology Volvo. Sebagai contoh, sensor inframerah di hadapan roda kemudi menjejaki mata pemandu 13 kali sesaat dan boleh mengesan apabila pemandu tidak memberi perhatian ke situasi lalu lintas. Sistem ini akan mengaktifkan perisai pelindung dan mengambil tindak balas yang sesuai, daripada mengurangkan kelajuan kepada brek hingga berhenti sepenuhnya, untuk membantu memastikan saya kekal selamat sepanjang pemanduan.
5. Secara keseluruhan, mengapa Volvo EX30 menjadi pilihan nombor satu anda untuk kereta elektrik?
Eksklusiviti, keselamatan dan keselesaan! Volvo EX30 menjadi pilihan nombor satu saya untuk kereta elektrik kerana keselamatan menjadi faktor utama dalam pemilihan kenderaan saya.
Pelanggan juga boleh mula membuat pesanan secara dalam talian di www.volvocars.com/my/cars/ex30-electric atau melawat bilik pameran Volvo terdekat. Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo EX30, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
