Related Stories
Ini 5 Filem Tempatan Pecah Panggung Tahun 2025!
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioLima filem tempatan ini membuktikan kekuatan sinema Malaysia pada 2025 apabila berjaya menarik jutaan penonton sehingga mencatat kutipan box office!
Industri filem Malaysia terus mencuri perhatian penonton pada 2025 dengan beberapa naskhah tempatan yang bukan sahaja menarik minat ramai, malah mencatat kutipan box office yang mengagumkan. Dari aksi penuh adrenalin kepada animasi dan komedi yang dekat dengan kehidupan seharian, berikut adalah lima filem tempatan yang mencatat kutipan tertinggi sepanjang tahun ini.
1. Blood Brothers: Bara Naga – RM76 juta

Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai filem tempatan yang paling laris bagi tahun ini, mencatat kutipan kira-kira RM73.64 juta di pawagam Malaysia, menjadikannya salah satu filem tempatan paling berjaya dalam sejarah industri filem negara. Kisah aksi dan persaudaraan ini mendapat sambutan luar biasa sejak mula tayang, menarik penonton dari seluruh negara.
2. Ejen Ali: The Movie 2 – RM62.3 juta

Sekuel kepada fenomena animasi Malaysia ini membuktikan bahawa filem animasi tempatan mampu mencapai kejayaan luar biasa di panggung. Dengan visual yang menarik dan jalan cerita yang matang namun mesra keluarga, filem ini berjaya menarik ribuan peminat animasi serta keluarga untuk kembali ke pawagam, sekali gus mencatat kutipan yang tinggi.
3. Papa Zola The Movie – RM25.6 juta

Papa Zola The Movie pula mencatat kutipan sekitar RM25.6 juta selepas beberapa minggu tayangan, menarik minat penonton keluarga semasa cuti sekolah dan mengatasi saingan filem antarabangsa dalam carta box office tempatan. Watak-watak yang mudah diingati dan situasi komedi yang relevan dengan kehidupan seharian penonton tempatan memberi filem ini daya tarikan tersendiri di carta kutipan.
4. Close Ur Kopitiam – RM12.7 juta

Close Ur Kopitiam, filem komedi berbahasa Cina Malaysia, turut mencatat kutipan kukuh sekitar RM12.7 juta, menjadikannya salah satu filem paling rancak di pawagam terutama semasa musim Tahun Baru Cina. Ceritanya yang ringan dan penuh humor berjaya menarik penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.
5. Malam Terlarang – RM12.5 juta

Filem seram Malam Terlarang menjadi pilihan penonton tegar genre thriller, mencatat kutipan sekitar RM12.5 juta. Suasana tegang dan plot yang tidak mudah dijangka berjaya menarik peminat filem seram ke pawagam, menjadikannya salah satu filem paling laris di kalangan genre tersebut pada 2025.
Artikel Berkaitan: 10 Filem Terbaik Musim Cuti di Netflix 2025: Hangat, Magis dan Menyentuh Hati
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
