fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kenali Duke of Westminster Hugh Grosvenor, Milenial Terkaya Di UK
Laut China Selatan Saksi Ikatan Cinta Abadi
Alasan Lelaki Lebih Suka Jual Mahal?
Margot Robbie & Tom Ackerley Bakal Timang Cahaya Mata Sulung
Tradisi Yang Dihidangkan: 10 Hidangan Tahun Baru Cina Paling Bermakna
Home > Gaya Hidup > Galaxy Z Flip4: Peranti Terbaik Buat Ekspresi Diri

Galaxy Z Flip4: Peranti Terbaik Buat Ekspresi Diri

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Samsung mengumumkan generasi telefon pintar boleh lipat tercanggih iaitu Galaxy Z Flip4 baru-baru ini.

Samsung Malaysia tidak berlengah apatah lagi mengambil masa yang lama untuk mengumumkan peranti terkini paling canggih di Malaysia. Galaxy Z Flip4 secara rasmi diperkenalkan sebagai peranti terbaru daripada Samsung. Smartphone ini diperkenalkan bersama dengan Galaxy Z Fold 4 lewat acara live streaming yang diadakan awal bulan ini.

Galaxy Z Flip4 Baharu Sahaja Meluncur!

Peranti Galaxy Z Flip4 menampilkan faktor bentuk dan pengalaman yang disesuaikan serta prestasi yang dipertingkatkan. Dengan keluaran generasi keempat, siri Galaxy Z berupaya menyampaikan interaksi baharu yang memberi kesan kepada peningkatan kehidupan seharian. Galaxy Z Flip4 mempertingkatkan ciri kegemaran pengguna sekali gus menjadikannya peranti terbaik untuk mengekspresi diri.

Serba baru dan canggih, anda kini boleh merakam video bebas tangan atau swafoto berkumpulan penuh di setiap sudut dengan hanya melipat sebahagian Galaxy Z Flip4 untuk mengaktifkan FlexCam. Terima kasih kepada Samsung yang telah berkerjasama bersama Meta, FlexCam yang dioptimumkan untuk platform sosial termasuk Instagram, WhatsApp dan Facebook, kini turut tersedia.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse