Related Stories
Volvo Padel Open 2025 Kembali Dengan Lebih Gaya, Format Baru & Klinik PERCUMA
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioVolvo Padel Open 2025 kembali dengan penuh gaya, membawa padel, sukan urban yang semakin digilai, ke tahap lebih tinggi. Dikenali sebagai kejohanan padel terbesar di Malaysia, acara ini dianjurkan oleh Volvo Car Malaysia dan bakal berlangsung dari 21 Jun hingga 27 Julai 2025, menampilkan pembaharuan menarik termasuk format perlawanan baharu, kategori diperluas, dan penglibatan lebih ramai pemain baharu.
Sukan padel semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia mudah dipelajari, menyeronokkan dan sangat sosial. Volvo mengambil peluang ini untuk terus memperkukuh peranannya sebagai penyokong gaya hidup aktif dan komuniti yang inklusif, nilai yang selari dengan identiti jenama itu sendiri.
Volvo Car Malaysia bekerjasama rapat dengan tiga kelab padel utama, Padelground, PadelKu, dan Joy Division Padel untuk menjadikan edisi kali ini paling meriah dan kompetitif. Lebih 320 pemain dijangka menyertai, dari pemula yang baru mencuba hingga atlet berpengalaman yang ingin beraksi di pentas nasional.
Klinik Percuma, Akses Eksklusif & Komitmen kepada Komuniti

Peserta akan menerima pelbagai keistimewaan seperti kit sukan eksklusif Volvo, akses istimewa ke grand final, dan klinik latihan padel percuma oleh jurulatih profesional. Kejohanan ini bukan sahaja memupuk semangat bersukan, tetapi juga menggalakkan jaringan sosial dalam suasana yang positif dan bergaya.
Menurut Patricia Yaw, Pengarah Operasi Pemasaran & Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia, “Padel ialah lambang keterangkuman, inovasi dan komuniti, nilai yang seiring dengan jenama Volvo. Kami bangga menyokong sukan yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana yang sihat dan menyeronokkan.”
Daftar Segera Volvo Padel Open 2025, Tempat Terhad!

Pendaftaran untuk Volvo Padel Open 2025 akan dibuka dari 3 Jun hingga 3 Julai, atau sehingga semua slot dipenuhi. Ini adalah peluang terbaik untuk anda mempelajari sukan baharu, mencabar diri secara kompetitif, dan menyertai komuniti padel yang penuh gaya dan semangat sukan.
Layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di media sosial untuk info lanjut dan pendaftaran.
Artikel berkaitan: Volvo Padel Open 2024 Tampil Kejohanan Padel Pertama Malaysia!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
