Related Stories
Tengku & Che Puan Mahkota Kelantan Bakal Timang Cahaya Mata Pertama
Kehidupan Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra bakal diserikan dengan kehadiran orang baharu tidak lama lagi.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Che Puan Mahkota Kelantan bersama 118 ribu pengikutnya di Instagram beberapa hari lalu. “Mac 2023 – Dengan rasa sukacita saya dan suami ingin mengumumkan bahawa kami bakal menimang cahaya mata pertama. Kelahiran dijangka pada bulan Julai 2023,” titah baginda.
Sehingga kini perkongsian itu telah menerima lebih 15,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen daripada peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menitip ucapan tahniah dan doa buat pasangan Diraja itu.

Foto: Instagram
“Alhamdulillah. Berita yang amat menggembirakan. Tahniah”, “Alhamdulillah saya tumpang gembira mendengar berita ini. Semoga Allah permudahkan segalanya buat Che Puan dan Tengku Mahkota”, “Tahniah! Semoga kelahiran dipermudahkan,” tulis beberapa netizen di ruangan komen.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut merakamkan sekalung tahniah dengan ucapan ringkas, “Alhamdulillah, Beta tumpang gembira untuk kalian.”
https://www.instagram.com/p/Cp7qQ7ovvEO/?hl=en
Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan disatukan dalam satu istiadat tertutup di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 19 April 2019 sekitar jam 8.30 malam. Perkahwinan mereka disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Yang Arif Dato’ Aria D’ Raja Dato’ Haji Daud bin Muhamad.
Istiadat pernikahan pasangan itu disusuli dengan majlis persandingan dan jamuan. Ia hanya dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu daripada kerabat Diraja Kelantan serta kenalan terdekat.

Foto: Instagram
Baca: Kenali Cik Puan Sofie Louise Johansson, Suri Hati Tengku Mahkota Kelantan
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
