fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
“Ketika saya baharu bermula, saya tidak mempunyai sesiapa yang mempunyai karier muzik yang boleh saya jadikan rujukan. ‘Who do I refer to?’”- Yuna dalam Coach Conversations
Lagu-Lagu Hits Dayang Nurfaizah Pilihan Ajai, Faizul Surani & Khir Khalid
Datin X: WARNING! KL Dipenuhi Datin Super Fake
Kanye West Dedah Pergelutan Peribadi Dalam Lagu Baharu
GBC Love Wellness: Onsen Rahsia Kulit Sihat & Jiwa Tenang
Home > Gaya Hidup > Nabil Mahir & Ayda Jebat Batal Majlis Resepsi

Nabil Mahir & Ayda Jebat Batal Majlis Resepsi

Tanggal 9 Januari sepatutnya berlangsung majlis resepsi belah pihak lelaki, namun Nabil dan Ayda memilih untuk membatalkan majlis tersebut.

Nabil Mahir menerusi satu hantaran di Instagram mendedahkan, keputusan itu dibuat selepas melihatkan kes Covid-19 yang semakin meningkat hari demi hari. Jadi langkah ini terpaksa diambil untuk menjaga keselamatan tetamu dan keluarga.

Majlis itu dijadualkan berlangsung di Langkawi dan menurut Nabil, segala persiapan sudah pun dilakukan selepas mereka bertunang. Dia juga turut menjelaskan, terdapat kejutan buat ibunya memandangkan tarikh tersebut juga merupakan ulang tahun kelahiran ibunya.

https://www.instagram.com/p/CJ3Jrn6HowT/

“Kita boleh plan. Tapi Allah lagi mengetahui. Redha dan Insya-Allah Allah berikan yang lebih baik,” tulisnya.

Nabil dan Ayda selamat diijabkabul pada 1 Januari lalu di masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Mereka bertunang pada April tahun lalu secara atas talian dari kediaman masing-masing selepas menjalin cinta selama hampir setahun.

Melihat hantaran terbaru di Instagram, pasangan ini sedang menikmati bulan madu di Langkawi.

Baca: Kim Kardashian & Kanye West Di Ambang Perceraian