Related Stories
Kim Kardashian & Kanye West Di Ambang Perceraian
Setelah enam tahun bergelar suami isteri dan berkongsi empat cahaya mata bersama, nampaknya perhubungan antara Kim Kardashian dan Kanye West sudah sampai ke penghujungnya.
Page Six melaporkan, perceraian akan berlaku dalam masa terdekat kerana Kim sudah pun mengupah peguam berprofil tinggi, Laura Wasser untuk mewakilinya. Mereka cuba menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan orang luar dan perbincangan sedang dalam peringkat akhir. Namun khabar angin tersebar dengan pantas di internet kerana Kim dilihat tidak memakai cincin perkahwinan dalam hantaran terbarunya di Instagram.
Walaupun Kim cuba sedaya-upaya menyembunyikan kemelut rumah tangga yang berlaku selama ini, Kanye pula bersikap sebaliknya. Dia terang-terangan meluahkan rasa kecewa apabila tidak mendapat undian daripada isteri sendiri ketika pilihan raya Presiden Amerika Syarikat November lalu.
Mereka juga tidak menyambut Hari Natal bersama, Kim meluangkan masa bersama keluarga di California manakala Kanye memilih untuk menyendiri di rumah ladang ternak miliknya di Wyoming. Menurut sumber, pasangan ini sudah berbulan-bulan tinggal berasingan.

Sebenarnya Kim sendiri sudah muak melayan kepala angin suaminya, termasuk ketika dia mencalonkan diri sendiri untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat dan beberapa amukan yang dimuat naiknya di Twitter.
“Kim mahukan perceraian ini kerana sekarang dia sudah matang. Dia serius mahu menduduki peperiksaan undang-undang untuk menjadi peguam, mengikuti jejak langkah mendiang bapanya. Dia serius tentang kempen reformasi penjara,” menurut sumber.
Dia juga kecewa kerana Kanye hanya muncul satu hari saja ketika sambutan hari jadinya yang ke-40 yang diadakan di pulau peribadi Oktober lalu, malah dia tiba lewat dan menjadi orang pertama yang meninggalkan majlis. Malah tiada satu pun fotonya yang berjaya dirakam ketika sambutan tersebut.
Namun berita perceraian ini bukanlah kisah baru. Julai tahun lalu, Kanye menulis di Twitter bahawa dia mahu menceraikan Kim kerana bertemu rapper, Meek Mill di persidangan kemuncak keadilan penjenayah pada 2018.
Tambahnya, Kim melampaui batas kerana membandingkan ibunya, Kris Jenner dengan Presiden Korea Utara yang juga digelar diktator, Kim Jong-un.
Kim kemudian mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa suaminya menderita gangguan bipolar ketika menulis tweet tersebut dan meminta pengguna media sosial untuk menunjukkan belas kasihan terhadap mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.
Doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini.
Foto: Matt Baron/Shutterstock
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
