fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
BIGBANG,BTS, EXO Dan BLACKPINK Kembali Buat Comeback 2026!
Oscar 2021, Kejutan dan Sejarah Baharu
Perkembangan Terkini Kamal Adli & Uqasha Senrose Selepas Insiden Ngeri
Kenali Tom Blyth Dari The Hunger Games: The Ballad Of Songbirds & Snakes
Ini 5 Aktiviti Istimewa Sempena Hari Ibu 2026
Home > Gaya Hidup > Undang Sebak! Angelina Jolie Menghantar Anaknya Sambung Pelajaran Di Universiti

Undang Sebak! Angelina Jolie Menghantar Anaknya Sambung Pelajaran Di Universiti

Pelakon terkenal, Angelina Jolie baru-baru ini dirakam menghantar anaknya sendiri, Maddox Chivan Jolie Pitt yang berusia 18 tahun untuk menyambung belajar di Universiti Yonsei di Korea Selatan dalam jurusan biokimia. Universiti Yonsei merupakan antara 3 universiti terkemuka di Korea Selatan selain Korea University dan Seoul National University. Menurut Angie, Maddox dapat banyak tawaran ke pelbagai universiti tetapi memilih Universiti Yonsei sebagai pilihan utama.

Yang mencuri tumpuan sudah pastinya Angie sendiri yang muncul ke universiti berkenaan yang tampil dengan gaya dengan cukup ringkas dan besederhana. Jelas kelihatan Angelina juga kelihatan cukup bangga melihat anak angkatnya itu sudah bergelar seorang mahasiswa. Angie mengambil Maddox sebagai anaknya pada tahun 2002, dari rumah anak yatim di Kemboja. 

“Angelina akan menghantar anaknya itu ke kampus pada bulan ini dan berbangga dengan pencapaian Maddox,” menurut satu sumber.