DATIN X: Bela Anak Ikan, Suami Isteri Kantoi Right-Handed
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full BioSelalu Datin X dengar, sang lelaki mata keranjang. Kali ini ceritanya lebih menusuk hempedu bila si isteri pula yang menunjuk belang, mengikuti jejak langkah buruk suami tersayang. Ouch!
Biasalah kalau dah namanya lelaki. Apatah lagi jika si suami memiliki wajah tampan dan dompet berisi tebal mestilah ada yang beratur panjang mahu menyendeng. Lepas satu, satu! Ada saja yang mahu mencuba nasib kerana manalah tahu buaya darat yang satu ini berjaya dijinakkan. Okey, ini suatu yang janggal berlaku. Adat sondolmenyondol, satu perkara taboo untuk kita kupas. Tapi sungguh Datin X tak sangka, setelah sekian banyak pengalaman hidup yang kita lihat di dunia, masih lagi kita alpa dengan karma?
Yang tak tahan tu, si isteri juga mahu cuba-cuba. Ya, mungkin kerana bosan duduk di rumah melihat si suami tidak pulang, makan dan tidur bersama. Hujung minggu turut padat dengan jadual kerja yang tidak sudah. Hakikatnya, Datin Anis sunyi. Walau duit belanja tidak pernah kering, jadual memanjakan diri juga tersusun setiap hari. Makan pakai disediakan cantik oleh tiga orang pembantu di kediaman mewah. Mahu ke mana sahaja dibawa pemandu peribadi. Seronok bila mendengar, kan?
Sebenarnya sudah lama Datin Anis tahu Datuk Khairil seronok ‘makan luar’ kerana ada saja wanita muda What’s App atau tiba-tiba menjelma di hadapan pintu rumahnya.
Belum lagi yang mengaku sudah ‘bersama’ berkali-kali. Semuanya muda belia. Cantik, seksi, bijak namun boleh diperdaya bulat-bulat oleh suaminya. Ada antara mereka ini merupakan pelajar di universiti atau intern di pejabatnya. Barangkali, lelaki bekerjaya, segak, kemas bergaya memang selalu menjadi kegilaan wanita muda yang mengimpikan hidup senang ya?
Pauntan berkaitan: DATIN X: Puan Sri Gila Berlian, Habis Barang Kemas Peninggalan Isteri Pertama Dikebas!
Rasa sunyi yang menebal dan mungkin kerana kecewa dengan kegagalan rumah tangga membuat Datin Anis sering ke kelab malam dan lepak di lounge sambil mendengar live band, pesan berbotol-botol minuman keras dan lama-kelamaan menjadi VIP hotel ternama di Kuala Lumpur itu. Yang Datin X hairan, tak takut pula dia ya kalau tiba-tiba bertembung dengan suaminya? Buatnya ada yang menyampai, bagaimana pula?
Dari gerak gerinya dia tampak seperti seorang wanita yang bebas yang tidak punya limitasi. Tiada kegusaran dan keraguan. Dia kelihatan seperti anak muda yang tak punya komitmen dan masih mahu mencari diri walaupun sudah punya anak dua yang masih kecil. Anakanaknya sering ditinggalkan setiap malam bersama pembantu di rumah. Apakah yang sebenarnya dicari? Apakah diri yang telah lama hilang? Atau kerana belum puas berjimba di waktu muda? Datin X cuba menyelami perasaannya tetapi cuma tuan punya badan yang ada jawapannya.
Di suatu petang yang damai, telefon bimbit Datin X berdering. Rupanya Datin Anis sedang berada di talian. Dia mahu berteman untuk ke hi tea dan nak dijadikan cerita, petang itu Datin X tidak ke manamana. So, it’s a date! Dia datang menjemput Datin X bersama pemandu peribadinya. Siapa sangka inilah harinya Datin X tahu segala rahsia hidup Datin Anis. Dia akhirnya membuka mulut. Datin X hanya mampu menjadi a good listener dan menasihati apa yang perlu sahaja. Takut pula berkata besar, takut berbalik kepada kita pula.
Yang sebenarnya, Dia sedang menjalin hubungan bersama pembantu peribadinya, Aiman. Patutlah dia sering panas bontot dan asyik mahu keluar. Banyak aktiviti harian di update di IG stories dan nampaknya memang susah untuk lekat di rumah. Maklumlah ada anak dan pembantu, maka mereka tidak dapat melakukan perkara terkutuk sewenang-wenangnya. Datin X seakan dapat meneka ada sesuatu di antara mereka sebaik sahaja masuk ke kereta. Datin Anis yang duduk di bahagian depan asyik tersenyum dan lembut menyusun kata bila berbual bersama pemandu peribadinya itu.
Artikel sepenuhnya di dalam GLAM OGOS 2022
Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
