Related Stories
Home > Gaya Hidup > Samsung Galaxy Watch6, Jam Pintar Mesti Miliki!
Samsung Galaxy Watch6, Jam Pintar Mesti Miliki!
Siri Samsung Galaxy Watch6 baharu menyediakan panduan kesihatan diperibadi, peningkatan taraf reka bentuk dan pengalaman dalam penggunaan mudah alih yang dipertingkatkan untuk diri yang lebih bermakluman lagi sihat.
Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan pelancaran terbaharu mereka iaitu, Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic. Direka khusus untuk membantu pengguna mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat setiap hari dan sepanjang malam. Siri Galaxy Watch6 memuatkan ciri kesihatan yang menyeluruh bersertakan prestasi yang lebih berkuasa dalam reka bentuk yang halus lagi anggun dengan penampilan bezel yang lebih tipis, paparan yang lebih besar dan lebih terang serta antaramuka pengguna yang lebih interaktif. Kedua-dua model ini juga membolehkan pengguna mengakses pelbagai pilihan muka jam tangan serba boleh serta pilihan jalur baharu.
“Dengan Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic baharu, kami menepati komitmen kami untuk alatan pemantauan kesihatan yang termaju, dengan menawarkan akses yang lebih mudah terus dari pergelangan tangan,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Mobile eXperience di Samsung Electronics. “Dari bimbingan tidur dan kecergasan kepada cerapan pemakanan, Samsung menyediakan cara baharu yang lagi mudah untuk membantu pengguna memahami diri dan mencapai kesihatan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik, setiap hari dan malam.”
Ciri kecergasan lebih diperibadikan untuk memastikan pengguna kekal bermotivasi. Ciri Body Composition, yang dilengkapi keupayaan mengambil ukuran jasmani berkepentingan seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme basal, kadar penghidratan badan dan peratusan lemak badan, memberikan gambaran lengkap badan dan kecergasan pengguna disamping menawarkan pendekatan yang dikhususkan kepada matlamat yang diingini, menjejak kemajuan dan memberikan bimbingan melalui maklumat kecergasan peribadi dan petua pemakanan berkat usahasama baharu dengan pihak Whisk.
Ciri Personalised Heart Rate Zone baharu berfungsi menganalisis keupayaan fizikal individu dan mentakrifkan lima tahap keupayaan larian yang optimum untuk membantu pengguna menetapkan matlamat berdasarkan keupayaan mereka – daripada membakar lemak kepada senaman berintensiti tinggi. Selain lebih daripada 100 penjejak senaman yang sedia ada, ciri Track Run yang baru ditambah merekodkan bilangan larian pengguna di balapan, manakala ciri Custom Workout membolehkan pengguna membina dan menjejaki rutin senaman peribadi mereka.
Selain pemantauan tekanan darah dan elektrokardiogram, HR Alert32 membantu pengguna lebih memahami kesihatan jantung mereka dengan mengesan secara diam kadar denyutan jantung yang luar biasa.
Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic masing-masing dilengkapi dengan bezel bersaiz 30% lebih langsing dan bezel berputar bersaiz 15% lebih nipis, meningkatkan keindahan bingkai bulatan. Siri Galaxy Watch6 menampilkan muka jam tangan bergaya, interaktif dan bermaklumat baharu yang memanfaatkan paparan besar dengan sepenuhnya, manakala jalur one-click baharu membolehkan pengguna mencampur dan memadankan jalur jam tangan dengan mudah. Dengan lebih 704 kombinasi unik, pengguna boleh memilih jam tangan sempurna mereka di Samsung.com. Contohnya, jalur ringan Fabric Band dan muka jam tangan Sleep Coaching boleh dipadankan untuk membantu anda memperoleh cerapan maklumat tidur peribadi dengan penuh keselesaan.

Bimbingan Peribadi untuk Gaya Hidup Sihat Bersama Samsung Galaxy Watch6!
Berdasarkan ciri tidur dan kesihatan yang termaju, siri Galaxy Watch6 kini menawarkan analisis mendalam Sleep Score Factors – merangkumi jumlah masa tidur, kitaran tidur, masa terjaga, serta pemulihan fizikal dan mental – untuk membantu pengguna memahami kualiti tidur yang dialami setiap malam. Ciri Sleep Messages5 yang lebih diperibadikan dan dibangunkan bersama Yayasan Tidur Nasional, juga memberikan maklum balas terperinci kepada pengguna tentang kesihatan tidur mereka setiap pagi. Selain itu, Galaxy Watch6 juga menawarkan ciri Sleep Consistency yang menunjukkan betapa konsistennya masa tidur dan bangun, dan ciri Sleep Animal Symbol yang mewakili jenis pola tidur pengguna. Ciri Sleep Coaching6 yang telah dipertingkatkan membolehkan pengguna memaksimumkan cerapan tidur menerusi arahan, petua dan peringatan yang boleh diakses pada kedua-dua pergelangan tangan dan telefon pintar berpasangan. Apabila tibanya masa untuk tidur, Galaxy Watch6 juga boleh membantu menetapkan persekitaran tidur yang sempurna dengan mengelola tetapan elektronik rumah yang tersambung secara automatik dan menghidupkan Mod Tidur pada jam tangan dan telefon pengguna untuk meredamkan pemberitahuan, memalapkan paparan dan juga untuk mengaktifkan penderia inframerah LED pada jam tangan untuk menyampaikan cerapan kesihatan yang berguna tanpa gangguan cahaya tambahan.
Ciri kecergasan lebih diperibadikan untuk memastikan pengguna kekal bermotivasi. Ciri Body Composition, yang dilengkapi keupayaan mengambil ukuran jasmani berkepentingan seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme basal, kadar penghidratan badan dan peratusan lemak badan, memberikan gambaran lengkap badan dan kecergasan pengguna disamping menawarkan pendekatan yang dikhususkan kepada matlamat yang diingini, menjejak kemajuan dan memberikan bimbingan melalui maklumat kecergasan peribadi dan petua pemakanan berkat usahasama baharu dengan pihak Whisk.
Ciri Personalised Heart Rate Zone baharu berfungsi menganalisis keupayaan fizikal individu dan mentakrifkan lima tahap keupayaan larian yang optimum untuk membantu pengguna menetapkan matlamat berdasarkan keupayaan mereka – daripada membakar lemak kepada senaman berintensiti tinggi. Selain lebih daripada 100 penjejak senaman yang sedia ada, ciri Track Run yang baru ditambah merekodkan bilangan larian pengguna di balapan, manakala ciri Custom Workout membolehkan pengguna membina dan menjejaki rutin senaman peribadi mereka.
Selain pemantauan tekanan darah dan elektrokardiogram, HR Alert32 membantu pengguna lebih memahami kesihatan jantung mereka dengan mengesan secara diam kadar denyutan jantung yang luar biasa.
Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic masing-masing dilengkapi dengan bezel bersaiz 30% lebih langsing dan bezel berputar bersaiz 15% lebih nipis, meningkatkan keindahan bingkai bulatan. Siri Galaxy Watch6 menampilkan muka jam tangan bergaya, interaktif dan bermaklumat baharu yang memanfaatkan paparan besar dengan sepenuhnya, manakala jalur one-click baharu membolehkan pengguna mencampur dan memadankan jalur jam tangan dengan mudah. Dengan lebih 704 kombinasi unik, pengguna boleh memilih jam tangan sempurna mereka di Samsung.com. Contohnya, jalur ringan Fabric Band dan muka jam tangan Sleep Coaching boleh dipadankan untuk membantu anda memperoleh cerapan maklumat tidur peribadi dengan penuh keselesaan.
Antara Feature Menarik Lain Pada Samsung Galaxy Watch6
Siri Galaxy Watch6 membawa keupayaan yang lebih besar secara langsung kepada pergelangan tangan setiap pengguna. Samsung Wallet baharu pada Galaxy Watch6 menggabungkan Samsung Pay ke dalam jam tangan mereka. Kawalan Gesture Control yang telah dipertingkat membolehkan pengguna mengurus jam tangan mereka dengan mudah menggunakan gerak isyarat mudah untuk kebolehaksesan dan kemudahan yang lebih baik, membenarkan mereka menetapkan pintasan mereka sendiri dan mengakses aplikasi dan ciri lain tanpa sentuhan. WhatsApp memudahkan pengguna Galaxy Watch untuk terus berhubung dengan rakan dan keluarga, semuanya tanpa perlu mengeluarkan telefon dari simpanan. Pengguna boleh kekal produktif secara langsung dari jam tangan mereka dengan aplikasi baharu termasuk Google Calendar dan Gmail, yang akan sedia ada secara eksklusif pada Wear OS. Mereka juga boleh menjejaki kemajuan kecergasan atau data pemakanan dengan lebih mudah dengan kemaskini aplikasi Samsung Health, di samping menikmati pilihan penstriman tambahan dengan Audible yang akan datang tidak lama lagi. Bersama-sama dengan peranti Samsung yang lain, siri Galaxy Watch6 memperluaskan pengalaman pengguna dengan lebih jauh lagi. Ciri Camera Controller yang dinaik taraf membolehkan kawalan jauh kamera Galaxy Z Flip5 yang dipasangkan untuk menyesuaikan mod, darjah sudut dan zum. Samsung Smart TV atau Galaxy Tab S9 menunjukkan kemajuan pengguna dalam masa nyata dengan program kecergasan atau kesedaran berpandu pada skrin besar. Pengguna juga boleh memilih sambungan Galaxy Buds2 Pro antara peranti Samsung melalui ciri Auto Switch. Sekiranya pengguna kehilangan telefon mereka, siri Galaxy Watch6 kini turut boleh menentukan lokasinya melalui ciri Find My Phone dengan sokongan peta. Samsung Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic akan sedia ada di seluruh Malaysia mulai 18 Ogos 2023 bermula pada harga RM1,199. Pautan Berkaitan: Love At First Impression Dengan Samsung Galaxy Z Flip4See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026