Ramalan Nominasi Oscar, Transformasi Kristen Stewart Sebagai Puteri Diana Dalam ‘Spencer’ Mengagumkan
Melalui video trailer pertama filem ‘Spencer’, Kristen Stewart terus disebut-sebut akan menerima nominasi Anugerah Oscar tahun hadapan dengan lakonan mengagumkan sebagai Puteri Diana.
Sejak Twilight, namanya terus bermain di bibir peminat filem dan fesyen di seluruh dunia. Kristen Stewart kini disebut-sebut bakal menerima nominasi Anugerah Oscar pada tahun hadapan selepas video trailer pertama ‘Spencer’ ditayangkan di sosial media. Dalam filem tersebut, dia menggalas tanggungjawab sebagai Princess of Wales, Puteri Diana.

‘Spencer’ adalah filem arahan pengarah terkenal melalui filem ‘Jackie’ iaitu Pablo Larrain. Filem biopik ini mengisahkan tentang isu perkahwinan Puteri Diana bersama Putera Charles yang berlangsung selama tiga hari ketika sambutan Hari Krismas pada 1991 di Sandringham yang merupakan rumah keluarga diraja Britain.
Video trailer pertama ‘Spencer’ awalnya telah ditayangkan ketika CinemaCon. Ia dimulakan dengan babak-babak persediaan majlis makan malam Krismas sebelum penonton dapat melihat transformasi Kristen Stewart sebagai Puteri Diana. Seterusnya penonton di bawa melihat beberapa babak berbeza daripada filem tersebut. NEON Films selaku penerbit filem ini turut mengeluarkan poster pertama yang menyaksikan Kristen Stewart menggayakan gaun penuh perincian yang sedang menangis.

‘Spencer’ akan membuat tayangan perdana bersempena dengan Festival Filem Antarabangsa Venice pada bulan hadapan, sebelum ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada 15 September nanti. Peminat boleh menonton filem ini di pawagam bermula 5 November 2021.

Selain Kristen Stewart, filem ini akan menampilkan Jack Farthing sebagai Putera Charles, bersama Sean Harris, Timothy Spall and Sally Hawkins yang pernah menerima penclaonan di Anugerah Oscar. Pelakon berusia 31 itu akan menyertai barisan pelakon yang pernah memegang watak ikonik ini seperti Naomi Watts dalam ‘Diana’ pada 2013, Emma Corris dan juga Elizabeth Debicki dalam siri hangat Netflix, ‘The Crown’.
Foto: NEON Films
Baca lebih lanjut: 5 Aktres Yang Pernah (Dan Bakal) Melakonkan Watak Diana, Princess of Wales
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
