Tengku Ampuan Pahang Kongsi Sesi Raptai Perkahwinan Tengku Muhammad
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioTengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah memuat naik hantaran di TikTok memberi bayangan anakandanya, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian tersebut, Tengku Ampuan Pahang sedang melakukan sesi raptai untuk perkahwinan Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara (TAB) bersama putera angkatnya, Tengku Amir Nasser Ibrahim.
TAB’s wedding rehearsal

Kredit: via TikTok @cmspahang | Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah
“With my darling son, Amir for TAB’s wedding rehearsal. Kesian dia sakit pinggang!,” tulisnya.
Foto-foto berkenaan memperlihatkan kerusi pelamin yang diduduki Tengku Amir yang ditemani isterinya, Yang Hormat Mulia Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan Binti Mohamed Moiz serta laluan masuk ke dalam istana.

Kredit: via TikTok @cmspahang | Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah

Kredit: via TikTok @cmspahang | Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah
Berita tentang spekulasi perkahwinan antara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, anakanda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Natasya Adnan Adnan Tengku Mansor iaitu anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi bualan hangat sejak awal tahun.
Tengku Natasya Adnan, wanita jelita berdarah kacukan Melayu dan Indonesia ini berusia 29 tahun manakala Tengku Muhammad berusia 27 tahun. Perbezaan umur dua tahun tidak menjadi penghalang untuk dua jiwa ini disatukan.

Kredit: via Instagram @_inaijari010
Sebelum ini, Tengku Ampuan Pahang memberitahu perkahwinan antara mereka berdua bakal berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober depan.

Sekadar info, menurut susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang, Tengku Muhammad adalah pewaris kedua.
Artikel Berkaitan: Kenali Tengku Natasya Adnan, Dikhabarkan Pilihan Hati Tengku Muhammad
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
