Related Stories
Pandangan Pertama Samsung S26+: Gabungan Gaya dan Inovasi
Kehadiran S26+ di dalam landskap teknologi Malaysia menarik perhatian ramai, terutamanya kelebihannya sebagai telefon pintar yang berteraskan AI. Baru-baru ini, GLAM berkesempatan untuk mencuba Samsung S26+ yang lengkap dengan pelbagai kelebihan. Sejak penggunaan pertama, jelas terbukti setiap fungsi direka untuk memudahkan rutin harian daripada prestasi yang lancar hinggalah ciri kamera yang dipertingkatkan.
Setelah menggunakan Samsung S26+ di dalam kehidupan seharian, GLAM bersetuju mengatakan telefon pintar ini sangat wajib dimiliki sesiapa sahaja yang menginginkan teknologi di mana menggabungkan inovasi dan gaya. Bersama reka bentuk yang sleek, sistem kamera yang canggih diiringi dengan seni teknologi AI, ia menjadi pelengkap ideal kepada rutin harian kami di GLAM.
Gaya dan Fungsi Dalam Satu

Sekilas pandang, S26+ tampil sebagai telefon pintar bersama reka bentuk moden, nipis dan rona sofistikated. Walaupun elegan dan nipis, S26+ menunjukkan ketahanan yang luar biasa, sesuai untuk gaya hidup aktif. Tambahan lagi, Samsung S26+ juga tersedia dalam enam pilihan warna seperti Sky Blue, Black dan Cobalt Violet. Pilihan GLAM sudah semestinya Pink Gold iaitu warna eksklusif di laman web Samsung. Reka bentuknya yang ringan tetapi mempunyai pelbagai jenis fungsi membuatkan menjadi pilihan ramai individu.
Penggunaan Mudah dan Pintar

Pengalaman penggunaan Samsung S26+ semestinya seamless dan santai. Bersama bantuan pintar proaktif daripada AI, ia telah banyak memudahkan rutin harian kami di GLAM. Antara kebolehan utamanya ialah Photo Assist, yang membenarkan GLAM menyunting gambar hanya dengan arahan teks, dan Now Nudge, yang memberikan cadangan kontekstual secara automatik berdasarkan apa yang dipaparkan di skrin. Sistem AI juga berupaya memberi ringkasan harian dan cadangan berguna seperti foto yang relevan semasa perbualan, serta membuatkan interaksi harian terasa lebih lancar tanpa perlu langkah manual.
Seterusnya, Samsung S26+ turut membantu GLAM sewaktu bekerja bersama fungsi Document Scan yang mampu menghilangkan kesan seperti lipatan kertas untuk menghasilkan imbasan yang lebih kemas dengan serta-merta. Beberapa imej juga boleh disusun secara automatik ke dalam satu fail PDF, menjadikannya lebih mudah untuk mendigitalkan dokumen, borang atau nota.
GLAM juga amat menghargai sistem integrasi AI di dalam S26+ seperti Gemini yang mampu mengendalikan pelbagai tugas secara serentak, sekaligus melancarkan proses penggunaan. Dengan keupayaan ini, beberapa tugasan boleh dijalankan di latar belakang tanpa mengganggu aktiviti lain, menjadikan pengalaman penggunaan saya terasa lebih efisien sepanjang hari.
Fungsi Kamera yang Pelbagai

Samsung S26+ juga hadir dengan kamera yang multifungsi. Sebagai pencipta kandungan yang sering menggunakan kamera dalam rutin harian, sama ada untuk tugasan kerja atau OOTD, kamera ini benar‑benar menyerlah dengan keupayaan serba boleh yang membolehkan setiap gambar dirakam dengan jelas, dan penuh warna, sama ada di siang hari atau ketika malam. Sebagai contoh, ia mempunyai kamera Ultra-Wide dan Telephoto. Secara keseluruhan, pada pandangan saya, telefon pintar Samsung S26+ ini sememangnya wajar dimiliki, kerana pelbagai fungsi pintarnya yang melengkapkan pengalaman penggunaan harian.
Artikel Berkaitan: Impresi Pertama Samsung Galaxy Ring: Peranti Pintar Wajib Miliki
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
