Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh Arab
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Aug 04, 2025
Penangan taikun liquid gold Datin meroyan minta dilepaskan walaupun lucut title!
Datin X selalunya kalau pergi bercuti London lah destinasinya. Al maklumlah, negara bermusim sejuk ini seronok bagi orang Asia lagi-lagi golongan elit dari Kuala Lumpur. Lain pula cerita tahun ini, dalam terbayang-bayang membeli-belah dan menikmati sourdough panettone bersama secangkir kopi di Mayfair, seronok mengelamun, Datin X dapat panggilan telefon dari Rina, teman perniagaan Datin X. Borak punya borak dari hal untung rugi berniaga sampailah hal niat untuk pergi bercuti, Rina bagi cadangan dari buang duit di kota London yang sesak dengan orang kita, ada baiknya divert sahaja rancangan cuti itu ke Dubai. Alang-alang cuti mata tengok pak Arab sambil boleh intai peluang perniagaan, cari ‘potential investor.’ Nak dijadikan cerita, selang selepas hari bersetuju untuk bercuti ke Dubai, Datin X dan Rina pun singgah ke sebuah kafe di Bangsar. Sembang punya sembang terkeluar cerita perihal seorang sosialit cantik, usianya dalam pertengahan 40-an kira mudalah, Datin Anne. Buat yang kenal dan rapat sahaja tahu kisahnya lagi-lagi daripada mulut Rina, awalnya Datin X agak ragu-ragu, bukan apa risau nanti jatuh fitnah. Sambung balik kisah Datin Anne, kebelakangan ini jarang betul nampak kelibatnya di majlis elit ibu kota. Pelik juga sebab selalunya dia antara individu yang sentiasa muncul dan disegani di majlis. Seingat Datin X, latar belakang Datin Anne ini hebat, keluarganya memang dari orang kaya lama Singapura. Selepas berkenal dengan usahawan, Dato’ Jo diusia umur 20-an, Datin Anne tidak teragak-agak berpindah dan bermastautin di Malaysia. Dato’ Jo pun Datin X kenal, seorang usahawan yang berjaya. Tapi sejak kebelakangan ini, ada beberapa projek mega kena cantas, dan kerugian bukan sikit, dengar khabar cecah ratusan juta, Dato’ Jo terpaksa ambil pendekatan drastik dengan menukar strategi perniagaan dengan memfokuskan projek berskala kecil yang kos lebih efektif dan kurang berisiko, makanya mungkin perubahan ini terkesan buat Datin Anne. Mana tidak, sebelum ini kalau membeli-belah, sebut sahaja yang dimahukan terus dapat tetapi sekarang kalau nak membeli kena berhemat. Rantai berlian pun sudah tidak bertukar lagi. Malulah ulang pakai dua tiga kali barang kemas Bvlgari ke Cartier dari koleksi yang sama ke beberapa majlis yang berbeza. Dengar juga pekerja retail turut bercerita dah lama Datin Anne tak membeli di butik. Disebabkan penangan ini jatuhlah air muka Datin Anne, kerana berhemat amat pantang buat dirinya. Kalau dulu keluar masuk ke luar negara sekarang dah mula bercuti di hotel lima bintang dalam negara sahaja paling tidak serantau Asia. Kata Rina, “Kalau you nak tahu sejak kejadian tu, she has been planning an exit strategy for herself. Berbulan-bulan tak lena tidur malam akhirnya dia dapat ‘cekup’ one rich man from Dubai, sah sheikh tu memang ada business gali minyak. Bukan orang baru, kenalan dari majlis elit yang dia pernah pergi. Mulanya bertanya khabar, lepas itu bertukar jadi bermain cinta.” Terlopong Datin X sekejap “Eh you biar betul? Ya, Datin Anne memang bijak, semua perancangan sudah diatur dengan baik, depan Dato’ Jo semua benda macam ok. Takda siapa tahu, termasuk pemandu peribadi mereka. Belakang? Tuhan sahaja yang tahu apa berlaku. Punya nak dijadikan cerita, satu hari Dato’ Jo balik awal lepas urusan meeting dengan klien. Agaknya mungkin Tuhan nak tunjuk, dia singgah sekejap beli cerut di Bukit Bintang. Tengah leka pilih cerut di butik, kelibat Datin Anne berjalan dengan Sheikh sambil menjinjit beg kertas berjenama mewah. Mulanya Dato’ Jo nak sapa tapi niatnya terhenti sebab bila diperhatikan bukan main mesra siap bertepuk tampar. Mujur Dato’ Jo cepat cepat beralih ke tepi supaya tidak kantoi.Kalau you nak tahu sejak kejadian tu, she has been planning an exit strategy for herself. Berbulan-bulan tak lena tidur malam akhirnya dia dapat ‘cekup’ one rich man from DubaiSejak kejadian tu, Dato’ Jo pasang mata-mata untuk perhatikan aktiviti Datin Anne. Semua bukti Dato’ Jo kumpul dan ada satu hari Datin Anne initiate ladies trip (kononnya) ke Dubai, Dato’ Jo sengaja tidak mengizinkan dia pergi, masa itulah juga keluar ‘perangai baru’ Datin Anne. Tak sangka dari seorang yang tak pernah menjawab dan sopan dengan Dato’ Jo terus bertukar sikap. Mujur Dato’ Jo masih baik orangnya, tak pernah tinggi suara dan naik tangan, sepanjang mengenali dan berkahwin semua kemahuan diturutkan demi isteri tercinta. Tetapi begitulah hebatnya penangan cinta liquid gold tanah Arab, membuta matanya melihat kekayaan dunia semata. Baik mana pun Dato’ Jo layan, Datin Anne tak berubah sikap, matanya gelap harta. Hari-hari bermasam muka, sesekali bergaduh mulut semua ini memudaratkan kesihatan mental dan fizikal Dato’ Jo. Ke pejabat pun dah sugul, tiada manis seperti dulu lagi. Dengar khabar juga, selepas beberapa tahun dalam cold war, Datin Anne sekali lagi membentak minta dilepaskan, percubaan kali pertama, kedua masih ditelan pahit suaminya. Kali ketiga, akhirnya Dato’ Jo sudah tidak tahan, sabarnya ada juga batas. Gugurnya airmata seorang suami tak dipedulikan Datin Anne. Lebih parah, tak sempat habis edah, dah selamat bermadu kasih di Dubai. Dengar khabar dia dah bahagia di sana. Mungkin tak mahu dijadikan bahan cerita, semua akaun sosial media diprivatekan. Misteri betul insan bernama manusia ni. Sudah kaya, diberikan keluarga bahagia pun masih tak cukup-cukup. Mungkin terlalu penat telah pahit, akhirnya Dato’ Jo berdamai dengan diri. Dia tahu tak guna memaksa menahan kalau menyakitkan. Baginya berlapang dada, buka lembaran baru dalam hidupnya adalah jalan terbaik. Jauh dalam lubuk hati, Dato’ Jo masih berharap bekas isteri kembali ke pangkuannya satu hari nanti. Artikel Berkaitan: DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Curang Dengan Bohsia Klang
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
