Related Stories
Pengalaman GO ELECTRIC NOW Bersama BMW Malaysia
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioBMW Malaysia mengajak anda merasai pengalaman mobiliti elektrik serba mewah dan premium menerusi kempen GO ELECTRIC NOW bermula hari ini sehingga 31 Disember 2025.
Dalam dunia yang semakin mementingkan kelestarian tanpa mengira kemewahan, BMW Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa masa depan mobiliti bukan sahaja tentang teknologi canggih, malah tentang pengalaman premium yang tidak berkompromi. Melalui kempen GO ELECTRIC NOW yang berlangsung sehingga 31 Disember 2025, jenama automobiliti ikonik ini menawarkan peluang istimewa untuk memiliki kenderaan elektrik yang menggabungkan prestasi, keanggunan, dan tanggungjawab alam sekitar.

Ketika Kemewahan Bertemu Kelestarian
Falsafah Power of Choice BMW bukan sekadar slogan ia adalah manifestasi komitmen jenama dalam memberikan pilihan yang bermakna kepada pelanggannya. Dari Kenderaan Aktiviti Sukan kompak seperti BMW iX1 dan BMW iX2, hingga sedan mewah seperti BMW i4 dan BMW i5 yang baru-baru ini dinobatkan sebagai dua kenderaan elektrik terbaik oleh Consumer Reports, setiap model dalam rangkaian elektrik BMW menjanjikan sesuatu yang lebih daripada sekadar perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain.
Ini adalah tentang Sheer Driving Pleasure, pengalaman memandu yang memberikan kepuasan menyeluruh melalui kawalan yang tepat, sistem kuasa elektrik yang responsif, dan sambungan teknologi generasi baharu yang intuitif. BMW Malaysia memahami bahawa peralihan kepada mobiliti elektrik memerlukan lebih daripada sekadar produk yang menarik. Ia memerlukan ekosistem sokongan yang menyeluruh. Inilah sebabnya kempen GO ELECTRIC NOW hadir dengan pakej nilai yang komprehensif seperti Insurans kenderaan percuma selama satu tahun, sejak hari pertama pemilikan. Hingga enam tahun Servis Inklusif BMW dan lima tahun Pembaikan Inklusif BMW memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan optimum tanpa perbelanjaan tambahan yang tidak dijangka. Ditambah pula dengan pembiayaan serendah 2.08 peratus setahun melalui BMW Group Financial Services Malaysia, memiliki kenderaan elektrik premium kini lebih mudah diakses berbanding sebelumnya.

Pengecasan Tanpa Kerumitan
Salah satu kebimbangan terbesar bakal pemilik kenderaan elektrik adalah kemudahan pengecasan. BMW Group Malaysia kini menyediakan lebih daripada 2,020 kemudahan pengecas di seluruh negara. Lebih 100 kemudahan pengecas BMW i dan MINI turut tersedia di pengedar sah BMW serta lokasi rakan kerjasama. Malah, perjalanan anda bermula dari rumah dengan panduan pemasangan pengecas yang dipermudahkan, membolehkan anda mengecas kenderaan dalam keselesaan ruang peribadi anda sendiri.
Dalam era di mana kesedaran terhadap alam sekitar semakin meningkat, memilih kenderaan elektrik bukan lagi sekadar trend, ia adalah tanggungjawab. Tetapi dengan BMW, ia juga adalah satu kenyataan bahawa anda tidak perlu berkompromi. Prestasi yang mengujakan, reka bentuk yang menawan, dan teknologi terkini semuanya dikemas dalam kenderaan yang lebih mesra alam. Kempen GO ELECTRIC NOW adalah peluang sempurna untuk melangkah ke masa depan mobiliti dengan yakin. Tawaran eksklusif ini hanya tersedia sehingga 31 Disember 2025 di semua pengedar sah BMW di Malaysia.
Artikel berkaitan Dimensi Ketangkasan BMW 330Li M Sport Baharu
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
