Related Stories
Home > Gaya Hidup > 5 Selebriti Dari Latar Belakang Keluarga Berada
5 Selebriti Dari Latar Belakang Keluarga Berada
Kebanyakan selebriti memperoleh kekayaan selepas menjadi terkenal. Bagaimanapun ada antara mereka mendapat status berada sebaik sahaja dilahirkan.
Sesetengah selebriti Hollywood yang disenaraikan ini mewarisi kekayaan daripada beberapa generasi nenek moyang mereka. Selebihnya pula dibesarkan oleh ibu bapa yang amat berjaya dalam bidang diceburi. Bagaimanapun kesemuanya menggunakan bakat sendiri untuk mencipta nama di Hollywood dan meraih kekayaan.
GLAM Reviu: Percutian Lebih Mudah Bersama RoamingMan
5 Kerabat Britain Yang Terselamat Daripada Cubaan Bunuh
Inspirasi Di Sebalik Nama Anak Pertama Paris Hilton
Kenali Davina Karamoy Pelakon Kontroversi Dalam Ipar Adalah Maut
Keselesaan: Kunci Utama Wanita Kala Bersenam
Rihanna Selamat Bersalin Anak Kedua Secara Rahsia
Foto: Getty Images
Baca: 10 Adik-Beradik Selebriti Paling Popular Di Hollywood
Semak lima selebriti berjaya yang dibesarkan dalam keluarga berada
Gwyneth Paltrow
Aktres berusia 51 tahun ini berkata kejayaan yang dicapainya adalah hasil usaha sendiri walaupun dibesarkan oleh ibu bapa terkenal dalam dunia hiburan. Bapanya, Bruce Paltrow merupakan pengarah dan penerbit yang pernah menerima pencalonan Emmy sebanyak sembilan kali. Dia terkenal dengan gelaran ‘St. Elsewhere’ dan ‘White Shadow.’ Ibunya pula pemenang anugerah Emmy dan Tony, aktres Blythe Danner. “Orang selalu menyangka, ‘Dia sekadar anak orang kaya.’ Ya, saya anak orang kaya sehinggalah berusia 18 tahun. Selepas itu poket saya kosong. Saya tidak pernah mengambil satu sen pun duit ibu bapa saya. Saya berdiri atas kaki sendiri,” katanya pada 2016.Foto: Getty Images
Cara Delevingne
Keluarga aktres dan supermodel ini bukan sahaja berada malah mempunyai pertalian dengan kerabat Diraja Britain. Cara Delevingne adalah anak kepada Charles Delevingne, pemaju hartanah berjaya dan Pandora Delevingne, seorang sosialit. Nenek sebelah bapanya juga merupakan sosialit manakala datuk sebelah bapanya seorang peguam dan ahli politik terkenal. Namun ia tidak terhenti di situ. Menurut Vogue, datuk sebelah ibunya, Sir Jocelyn Stevens adalah pemilik majalah Queen yang kini dikenali sebagai Harper’s Bazaar. Sementara itu nenek sebelah ibunya, Janie Sheffield merupakan pengiring Puteri Margaret, adik kepada Ratu Elibabeth II.Foto: Getty Images
Jake & Maggie Gyllenhaal
Ibu bapa kedua-dua pelakon ini merupakan tokoh disegani dalam industri hiburan. Bapa mereka, Stephen Gyllenhaal adalah pemenang Emmy yang pernah mengarahkan banyak filem terkenal seperti Paris Trout, Homegrown dan A Dangerous Woman. Ibu mereka, Naomi Foner Gyllenhaal pula seorang penulis skrip yang pernah memenangi anugerah Golden Globe dan menerima pencalonan Oscar. Jake dan Maggie mempunyai kerjaya prolifik sejak digandingkan bersama dalam filem pertama mereka, Donnie Darko pada 2001. Pada 2010, Jake memberitahu The Guardian bahawa ibunya sentiasa mengajar mereka tentang sifat dermawan dan mengingatkan mereka untuk membantu insan yang memerlukan.Foto: Getty Images
See Also
Armie Hammer
Pelakon kontroversi ini merupakan cicit kepada Armand Hammer, taikun minyak yang mengendalikan Occidental Petroleum Corporation. Menurut Britannica, di bawah pimpinannya, Occidental melonjak dari ambang muflis kepada syarikat yang meriah keuntungan berbilion dolar setiap tahun. Pada 1986, Forbes menganggarkan nilai bersih Armand Hammer adalah sebanyak RM893 juta. Bagaimanapun pengarang biografi Armand Hammer, Neil Lyndon menggelarnya sebagai ‘syaitan yang kejam’. “Dari segi merasuah dalam proses politik, dari segi mengawal orang sekeliling dan menjadikan mereka boneka…dia sememangnya tiada tandingan.”Foto: Getty Images
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
