Lee Byung Hun mencipta nama dalam industri hiburan Korea Selatan dengan bakat lakonan yang menakjubkan.
Aktor ini juga meraih kemasyhuran global menerusi pelbagai drama popular termasuk Squid Game yang berjaya mencuri perhatian penonton dari seluruh dunia.
Lee Byung Hun membuat kemunculan pertama sebagai pelakon pada tahun 1991 dengan membintangi siri Flowers That Never Wilt. Sejak itu namanya melonjak naik dan kini tersenarai sebagai salah seorang selebriti paling berpengaruh di Korea Selatan.
Glam senaraikan beberapa drama terbaik Lee Byung Hun yang wajib ditonton
5. Iris (2009)

Turut dibintangi oleh: Kim Tae Hee, Jung Joon Ho, Kim So Yeon, Kim Seung Woo
Skor IMDb: 7.7
Sinopsis: Dua rakan baik mendapat latihan daripada Batalion Misi Khas dan kemudiannya dipilih menjadi ejen NSS. Kehidupan mereka berubah apabila kedua-duanya jatuh cinta pada wanita yang sama.
4. Squid Game (2021)

Turut dibintangi oleh: Park Hae Soo, Jung Ho Yeon, Wi Ha Joon, Lee Jung Jae
Skor IMDb: 8
Sinopsis: Seramai 456 peserta yang berdepan masalah kewangan menerima jemputan untuk bertanding dalam sebuah permainan kanak-kanak bagi merebut hadiah lumayan. Malangnya pertaruhan itu membawa maut.
3. Beautiful My Lady (1997)

Turut dibintangi oleh: Song Seung Heon, Shim Eun Ha, Yoon Da Hoon, Choi Jung Yoon, Yoon Tae Young
Skor IMDb: 8.5
Sinopsis: Jun Ho merupakan anak yatim yang membesar tanpa kehadiran sesiapa di sisinya. Suatu hari, dia diberi peluang untuk bertarung di gelanggang tinju di mana dia meraih kemasyhuran dan wang ringgit. Keadaan berubah apabila dia jatuh cinta dengan seorangan wanita yang baru kehilangan suami.
2. Our Blues (2022)

Turut dibintangi oleh: Shin Min Ah, Choi Seung Hoon, Lee Jung Eun, Uhm Jung Hwa, Kim Woo Bin
Skor IMDb: 8.6
Sinopsis: Siri ini berkisar tentang jatuh bangun dalam kehidupan dan cinta. Ia memaparkan pelbagai kisah berbeza tentang penduduk kampung yang tinggal di kepulauan Jeju yang indah.
1. Mr. Sunshine (2018)

Turut dibintangi oleh: Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Byun Yo Han, Kim Min Jung
Skor IMDb: 8.7
Sinopsis: Drama ini berlatarkan tahun 1870-an ketika Korea berada di bawah pemerintahan kolonial. Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang berhijrah ke Amerika untuk terus hidup dan kembali ke Korea sebagai pegawai marin. Dia kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita yang berjuang untuk membebaskan Korea daripada kuasa penjajah.
Foto: Rolling Stone
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
