International Men’s Day: Figura Lelaki Penyokong Jiwa, Ikon Cinta Sejati
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioTidak semua lelaki dibina dengan keberanian yang boleh dilihat. Ada yang kuatnya tidak bising, hadir sebagai bahu untuk bersandar, sebagai suara untuk menenangkan, dan sebagai sandaran hati yang sentiasa memahami. Sempena International Men’s Day, kita memberi penghormatan kepada figura lelaki yang memilih untuk menjadi penyokong, bukan hanya dalam kata, tetapi dalam tindakan dan jiwa.
Hari ini, lelaki sejati bukan lagi diukur melalui ego, dominasi atau kuasa, tetapi melalui empathetic strength iaitu kebolehan memahami, mendengar dan menyokong pasangan tanpa merasa tercabar. Wanita bukan objek, bukan hiasan, dan bukan sekadar pelengkap dalam rumah tangga. Jangan jadi lelaki yang menganggap wanita hanya patut berada di rumah, mengorbankan impian dan menyimpan cita-cita. Wanita bukan untuk dimiliki, tetapi untuk dihormati, dihargai dan dibina bersama.
Figura lelaki supportive tidak memadamkan cahaya wanita di sisinya, tetapi menambah sinar. Cinta mereka tidak menenggelamkan, tetapi mengangkat. Mereka tidak mengawal, tetapi membimbing. Sokongan mereka tidak memenjarakan, tetapi membebaskan. Inilah makna cinta yang matang dan bertanggungjawab, cinta yang tidak merendahkan, tetapi meraikan kekuatan kedua-duanya.
Sempena International Men’s Day, lima figura lelaki ini mengajar kita bahawa kekuatan lelaki bukan pada apa yang dia miliki, tetapi cara dia menghormati, menyokong dan melindungi orang yang dicintai.
Lima figura lelaki yang terkenal cukup supportive dengan pasangannya
1. David Beckham – Meraikan, bukan menandinginya

David Beckham sentiasa menjadi penyokong utama dalam perjalanan kerjaya Victoria. Bukan sekadar hadir di barisan hadapan pertunjukan fesyen, tetapi menghormati identiti dan kebolehan isterinya sebagai wanita, ibu dan pereka. Dia tidak pernah melihat Victoria sebagai “isteri kepada David Beckham”, tetapi individu berjaya dengan namanya sendiri.
2. John Legend – Mendengar lebih dari berbicara

John Legend tidak hanya romantik dalam liriknya, tetapi juga dalam caranya memahami pasangannya. Ketika Chrissy Teigen melalui saat trauma, dia tidak menyuruh isterinya ‘kuat’, tetapi menjadi kekuatannya. Dia memberi ruang, bukan tekanan kerana dia tahu wanita berhak bersuara dan didengari.
3. Chris Hemsworth – Figura lelaki: Bila hero di skrin, pelindung di rumah

Chris Hemsworth membuktikan bahawa lelaki boleh berjaya dan tetap menjadi penyokong keluarga. Dia tidak meminta Elsa Pataky berhenti mengejar impian, malah memberikan ruang untuk isterinya berkembang dalam kerjaya dan kehidupan. Dalam hubungan mereka, kedua-duanya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
4. Ryan Reynolds – Jenaka, hormat dan sokongan hatinya

Ryan Reynolds tidak melihat Blake Lively sebagai sekadar ‘isteri selebriti’, tetapi sebagai individu berbakat dan berdikari. Dia meraikan bakat isterinya, menyokong kariernya dan tidak pernah merasa terancam dengan kejayaan pasangannya. Cinta mereka matang dan penuh rasa hormat.
5. Prince Harry – Cinta yang dipilih dengan berani

Prince Harry membuktikan bahawa mempertahankan pasangan tidak semestinya dengan kekerasan, tetapi dengan keberanian untuk berdiri di sisinya. Dia tidak cuba mengubah Meghan Markle menjadi wanita yang ‘sepatutnya’, tetapi menghormati siapa dirinya. Dia memilih untuk melindungi, mendengar dan memahami walaupun perlu melepaskan gelaran.
Mengapa figura lelaki supportive wajar diraikan?
Kerana mereka mengajar kita bahawa lelaki sejati tidak mengehadkan wanita, tetapi mengangkat mereka. Tidak takut dengan kejayaan mereka, tetapi merasa bangga. Tidak menjadikan wanita sebagai ‘objek’, tetapi sebagai insan yang setara, berjiwa, berimpian dan berhak berjaya.
Sempena International Men’s Day, GLAM raikan lelaki yang tidak hanya dicintai, tetapi tahu bagaimana untuk mencintai dengan cara yang lebih bijak, hormat dan menyembuhkan.
Kerana cinta yang sebenar bukan tentang memiliki, tetapi menghormati.
Bukan tentang mengawal, tetapi menyokong.
Bukan tentang berada di hadapan, tetapi berjalan bersama.
Artikel berkaitan: Lelaki Paling Kacak di Dunia 2025: 10 Jejaka Paling Menawan Yang Gegarkan Dunia!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
