Stail Pasangan Hollywood Terbaik Di Anugerah Grammy 2024
Anugerah Grammy ke-66 yang dihoskan oleh Trevor Noah selama empat tahun berturut-turut berlangsung meriah di Crypto.com Arena, Los Angeles.
Ia memberi penghormatan kepada rakaman, gubahan dan artis terbaik dari 1 Oktober 2022 hingga 15 September 2023. Acara paling mencuri perhatian tentunya kemunculan ikonik bintang Hollywood di karpet merah.
Anugerah Grammy 2024 menyaksikan selebriti hadir dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama. Dua Lipa, Olivia Rodrigo dan Taylor Swift kelihatan anggun dalam gaun feminin menawan. Barisan selebriti lelaki yang tampil segak termasuk Maluma, Ed Sheeran dan Jon Batiste.
Lihat pula gaya pasangan yang mencuri perhatian di Anugerah Grammy 2024
Pasangan glamor ini kelihatan chic dalam gaya hampir sedondon. Chrissy Teigen menggayakan gaun mini tanpa lengan Sophie Couture yang menampilkan korset baldu bersama skirt berperincinan bunga gergasi. John Legend pula segak dalam kemeja bertali leher hitam dan jaket dengan lapel satin.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(499x0:501x2)/john-legend-chrissy-teigen-grammys-couples-2024-020424-402b44ef133545619dc274af0a339f4c.jpg)
Tom Kaulitz tampil serba hitam dari hujung rambut ke hujung kaki. Isterinya, supermodel Heidi Klum anggun dalam gaun hitam meleret yang diperincikan dengan batu berkilauan di bahagian bahu, dada dan pinggang.

Bakal ibu dan bapa ini tampil sedondon dalam persalinan hitam. Sofia Richie menggayakan stail quiet luxury kegemarannya dalam gaun Saint Laurent yang menyerlahkan baby bump miliknya. Elliot Grainge pula tampil klasik dalam sut dan kemeja yang tidak dibutang penuh.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(499x0:501x2)/sofia-richie-elliot-grammys-couples-2024-020424-ff62404c8baf48c8bfa113e921a7839d.jpg)
Calvis Harris menggayakan sut bercorak rona coklat bersama celana kaki lebar vintaj. Isterinya, Vick Hope yang merupakan penyampai radio memukau dalam gaun berhias manik dan labuci rona perak yang menampilkan belah seksi.

Pasangan suami isteri ini memilih tema monokrom kala muncul di karpet merah Anugerah Grammy 2024. Jon Batiste menampilkan kelainan dengan menyarung jaket dan skirt-seluar Versarce rona kelabu. Suleika Jaouad pula kelihatan menawan dalam gaun hitam berperincian bulu dan labuci.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(499x0:501x2)/jon-batiste-wife-grammys-couples-2024-020424-91925dca87564866ab19657eb4518da5.jpg)
Foto: Getty Images
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
