Ricardo Tisci Meninggalkan Givenchy Selepas 12 Tahun Berkhidmat

Foto: Sabrina Theissen/Nike
Selepas melebarkan sayapnya di Givenchy selama 12 tahun, pengarah kreatif Givenchy Ricardo Tisci akan melepaskan jawatannya selepas mempamerkan dua koleksi terakhirnya untuk rumah fesyen tersebut dengan koleksi Musim Luruh Menswear dan Adi Busana Musim bunga 2017.
Rumah fesyen adi busana Perancis itu telah mengesahkan maklumat ini secara eksklusif kepada WWD.
Selebriti yang pernah mengenakan busana Givenchy oleh Ricardo:
[envira-gallery id=”61580″]
Sumber-sumber turut menyatakan bahawa keputusan ini merupakan keputusan yang dibuat atas persetujuan kedua-dua belah pihak dan telah pun berkuat kuasa pada 31 Januari tahun ini.
Saya mempunyai kasih sayang yang istimewa untuk House of Givenchy dan pasukannya yang bagus. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada LVMH Group dan Monsieur Bernard Arnault kerena memberi saya landasan untuk meluakan kreativiti saya sepanajang 12 tahun ini. Saya sekarang ingin memberikan fokus kepada minat saya.
Ricardo Tisci
[envira-gallery id=”61581″]
Dengan peninggalan Ricardo ini, Givenchy mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengadakan pertunjukan peragaan semasa Minggu Fesyen Paris 5 Mac ini dan koleksi yang dikhabarkan akan direka oleh studio mereka sendiri hanya akan mampamerkan koleksi tersebut kepada pembeli di showroom mereka.
Bernard Arnault, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton memberikan kenyataan yang memuji kejayaan Ricardo sepanjang dia bersama dengan Givenchy:
“Bab yang telah ditulis oleh Ricardo Tisci dengan rumah Givenchy sepanjang 12 tahun ini melambangkan satu visi yang luar biasa untuk berterusan mengekalkan kejayaannya, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dia untuk sumbangannya kepada pembangunan rumah ini.”
Pemergian Ricardo daripada Givenchy sebenarnya menguatkan lagi spekulasi di mana beliau akan menuju ke Versace selepas ini.
A photo posted by riccardotisci17 (@riccardotisci17) on
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
