Future Princess Meghan Markle Telah Memilih Pereka Gaun Perkahwinannya

Princess-to-be Meghan Markle tampaknya semakin sibuk sejak awal tahun ini lagi sedang dia menjalankan tugasnya sebagai pasangan Putera Harry namun itu tidak menghindarnya daripada merancang majlis perkahwinan yang bakal diadakan dalam masa empat bulan lagi.
Walaupun tidak banyak perincian didedahkan tentang perancangan majlis yang dinanti-nantikan itu, E! News melaporkan Meghan sudah memilih pereka gaun perkahwinannya dengan bantuan penata gaya/teman Meghan, Jessica Mulroney.
Sumber yang melaporkan perincian penting ini juga menyatakan ini merupakan sesi menyedang pertama antara Meghan bersama pereka tersebut. Perjumpaan mereka ini tidak didedahkan kepada sesiapa pun dan hanya lima individu sahaja yang mengetahui tentang pereka ini.
Meghan juga berpeluang untuk menyatakan apa yang dia mahukan seperti sulaman dan juga gaun berlengan. Dalam satu temubual sebelum ini, Meghan berkongsikan dress milik Carolyn Bessette Kennedy adalah inspirasi utama untuk perkahwinannya.
“Meghan menyatakan hasratnya untuk mengenakan sesuatu yang mudah dan punya kelas dan elegan. Mereka sudah mencuba beberapa rekaan dan kini sedang membuat keputusan untuk memilih rekaan paling sesuai,” nyata sumber itu lagi. Pihak umum juga mengharapkan Meghan akan mengenakan gaun rekaan pereka dari UK sendiri seperti mana dilakukan oleh Kate Middleton. But we will see.
Putera Harry juga memainkan peranan penting dalam proses ini dengan memberi kebebasan kepada Meghan untuk membuat keputusan dalam perancangan perkahwinan ini.
Meghan dan Putera Harry bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 Mei ini di Gereja St. George, Istana Windsor. Klik seterusnya untuk melihat gaun dan dress adi busana daripada koleksi terkini yang GLAM menepati permintaan Meghan Markle untuk hari istimewanya kelak.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
