Charlene, Puteri Monaco & Perenang Olimpik
Siapa sangka bahawa wanita anggun dan cukup sofistikated ini bukan sahaja seorang puteri, malah beliau juga merupakan seorang perenang Olimpik bagi Afrika Selatan?
Beliau dilahirkan pada 25 Januari 1978 di Rhodesia (sekarang dikenali sebagai Zimbabwe) dengan nama kelahiran Charlene Lynette Wittstock. Wanita jelita ini mula berkenalan dengan Puteri Albert dari Monaco ketika beliau menyertai sebuah pertandingan renang yang berlangsung di Monte Carlo pada tahun 2000. Kecantikan dan personaliti yang mudah disenangi Charlene membuatkan Putera Albert tertarik dengannya, lalu berkahwin lebih 10 tahun kemudian. Pasangan diraja ini dikurniakan sepasang zuriat kembar, Puteri Gabriella dan Putera Jacques 3 tahun selepas perkahwinan mereka.
Walaupun tidak pernah mengambil kelas renang, gelora beliau akan sukan renang tetap utuh hingga dapat mewakilkan negaranya, iaitu Afrika Selatan dalam pelbagai acara renang professional terkemuka, termasuklah Sukan Olimpik 2000 dan Sukan Commonwealth 2002. Impian beliau untuk mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik 2008 musnah apabila beliau gagal meneruskan diri dalam pusingan kelayakkan akibat kecedaraan malang di bahagian bahu. Namun demikian, beliau telah dinobatkan sebagai duta bagi acara Sukan Olimpik Khas pada tahun 2011 atas kehandalan dan pengaruhnya akan sukan renang.
Penampilannya yang senantiasa menawan dijadikan tumpuan dan buruan lensa kamera paparazzi ke manapun beliau pergi, dari ke acara sosial mahupun ketika menjalankan tugas-tugas rasmi bersama suami tercintanya. Stailnya yang elegan dengan pemakaian busana latest yakni dari Giorgio Armani dan Akris juga menjadi buah mulut golongan elit Eropah.
Oleh: Aizat Azman Shah
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.




