Related Stories
Rihanna Selamat Bersalin Anak Kedua Secara Rahsia
Rihanna selamat bersalin sekali lagi! Bayi ini merupakan anak kedua penyanyi, pelakon dan mogul kecantikan Fenty Beauty ini bersama rapper A$AP Rocky.
Pasangan ini turut berkongsi seorang anak lelaki yang berusia 15 bulan bernama RZA Athelston Mayers. Menurut beberapa sumber, Rihanna telah bersalin pada 3 Ogos namun nama bayi barunya masih lagi tidak diumumkan.

Rihanna Bersalin Anak Kedua
Penyanyi lagu “Love on the Brain” dan “Pon de Replay” ini mengumumkan kehamilan keduanya pada bulan Februari tahun ini, semasa persembahan separuh masa di Super Bowl. Dia mengenakan jumpsuit dengan bustier daripada Loewe serta kot kulit merah oleh Alaïa.
Rihanna dan A$AP Rocky mula bercinta pada tahun 2020. Menurut penyanyi kelahiran Barbados ini. “Kami ibaratkan kawan baik tetapi ada bayi bersama,” kata Rihanna apabila ditemubual oleh British Vogue.
https://www.instagram.com/p/CuQDOBkuGo9/
“Kami banyak bersetuju dalam perkara yang sama dan ini asas hubungan kami. Segala-galanya berubah apabila dengan kehadiran bayi tetapi ini tidak mengubah hubungan kami, bahkan ia membuatkan kami lebih rapat,” tambahnya lagi.
Baru-baru ini juga, Rihanna mengumumkan koleksi materniti dan pakaian dalam Savage x Fenty yang mesra penyusuan. Jelasnya, “Kapsul materniti baru ini untuk tambah keyakinan dan keselesaan kepada ibu di setiap peringkat kehamilan mereka. Saya juga ingin mengingatkan ibu-ibu bahawa anda masih boleh rasa seksi dan berasa gembira semasa menjadi ibu bapa,” katanya.
https://www.instagram.com/p/Cv0J64TvqQh/?img_index=5
Selain koleksi pakaian dalam, Rihanna turut memiliki jenama kecantikan Fenty Beauty. Dia mencipta jenama ini supaya semua wanita dapat mencuba solekan tidak kira jenis atau warna kulit. Visinya adalah untuk memberi inspirasi kerana bagi Rihanna, “Solekan dicipta untuk anda berseronok.”
Artikel berkaitan: Inspirasi Di Sebalik Pemilihan Nama Putera Sulung Remy Ishak
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
