Victoria Beckham x Mango; Sebuah Hadiah Posh Spice Buat Semua
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioTiga kata yang menggambarkan koleksi eksklusif Victoria Beckham x Mango yang bakal mula terjual pada 23 April 2024 adalah sensual, considered dan feminin!
Dua jenama bagaikan memberi esen tersendiri kepada koleksi Victoria Beckham x Mango. Bagaimana kamu dan pasukan mendekati jenama ini dan proses mana yang memberi kepuasan sebenar?
Saya mahu melebarkan lagi audien yang merasa relevan dengan jenama namun tetap bertunjangkan estetik dan DNA dan hasilnya cukup membanggakan. Membawa dua jenama ini kepada satu aliran cukup memberi rasa moden dan saya juga kagum melihat pasukan Mango yang teliti dan mempunyai sifat attention to detail serta pengetahuan ketukangan seni yang tinggi.

Ia merupakan satu cabaran yang menarik untuk menerima satu lagi proses kreatif tanpa berkompromi pada seni dan keinginan. Saya juga merasakan bahawa kita mempunyai etos, estetika dan nilai bersama sekitar sifat feminin, kualiti dan cinta sebenar terhadap produk.
Semasa membuat koleksi ini, apakah jenis rujukan yang anda fikirkan?
Saya mahu mencipta satu gerobok fesyen yang sempurna buat bulan musim panas. There is a cheekiness, tetapi masih kekal put together dengan sentuhan sensualnya. Saya terinspirasi dengan filem Perancis yang ikonik bertajuk La Piscine, lebih-lebih lagi dengan karakter bersahaja lakonan Jane Birkin. Dia mementingkan kecantikan semula jadi, sangat feminin dan mempunyai rasa kebebasan yang sebenar.

Bagaimana kamu bayangkan wanita Victoria Beckham x Mango dan apakah personalitinya?
Wanita ini adalah multi-faceted. Ia bukan tentang menjadi mana-mana satu jenis wanita tetapi bagi saya ia berkisar bagaimana mereka mahu menyarungkan koleksi ini dan tampil lebih berkuasa dan menjadi versi yang lebih baik.

Apakah ceraian yang mampu mewakili koleksi ini dan yang mana satu menjadi kegemaran?
Saya sukakan dress slip dan ceraian tailoring. Saya selalu tampil dengan gaya feminin dan maskulin serta mahu menambah rencah yang effortless kepada gerobok fesyen wanita. Ia juga mempunyai gaya yang versatil, bertunjangkan nilai kemodenan dan sofistikated. Ia mungkin kelihatan mudah tetapi penghasilannya perlulah sempurna pada bentuk badan, sebagaimana ia mencipta strong silhouette. It’s always about silhouette for me.
Artikel Berkaitan: 4 Stail ‘Classy Look’ Wan Nur Syaira Pilihan GLAM
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
