Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioPasangan ikonik Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh mengumumkan kehamilan anak kedua mereka menerusi satu hantaran Instagram masing-masing.
Pasangan ini menyambut cahaya mata pertama mereka, Dua, pada 8 September 2024 dan kini, Dua bakal bergelar seorang kakak! Sebaik sahaja hantaran itu tersiar, para selebriti dan peminat mula memenuhi ruangan komen dengan ucapan tahniah . Antara yang pertama memberi reaksi ialah Parineeti Chopra dan Samantha Ruth Prabhu, bersama Kiara Advani, Armaan Malik, Neil Nitin Mukesh, dan Bhumi Pednekar.

Peminat pula meluahkan perasaan mereka dengan penuh emosi ramai yang menyifatkan berita ini sebagai “a healing moment” di tengah-tengah kekalutan dunia hari ini.
Berita gembira ini tiba pada masa Ranveer Singh sedang menikmati kejayaan filem Dhurandhar 2 di box office, manakala Deepika pula dinantikan dalam filem King bersama Shah Rukh Khan arahan Siddharth Anand. Di persidangan WAVES 2025, Deepika pernah berkongsi bagaimana pengalaman menjadi ibu telah mengubah perspektif hidupnya. Katanya, sebaik sahaja seseorang menjadi ibu, tanggungjawab terhadap insan lain mula mendahului segalanya dan pengalaman itu terasa seperti satu kehidupan yang sepenuhnya baharu.

Deepika dan Ranveer pertama kali bertemu di set filem Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela, dan kemudiannya mengikat janji setia dalam satu majlis pernikahan yang penuh privasi di Lake Como, Itali, pada November 2018. Dari set filem ke altar cinta, dari pelukan pertama hingga kini menimang anak kedua kisah cinta DeepVeer terus ditulis dengan tinta yang paling indah.
Artikel berkaitan Deepika Padukone Rahsiakan Kehamilan Sulung
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
