GLAM It-Girl: Mariesya Muhd
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioIt-Girl pilihan GLAM kali ini menampilkan Mariesya Muhd yang mempunyai paras rupa merpersona, si jelita ini lebih senang disapa sebagai Mariesya.
Mariesya, seorang pempengaruh fesyen dan kecantikan, kian menonjol di media sosial dengan gaya dan kecantikan beliau. Mariesya telah berkongsi dengan GLAM tentang rutin kecantikan peribadinya serta tips penjagaan rambutnya. Sebagai seorang yang aktif, beliau juga mendedahkan bagaimana beliau mengamalkan gaya hidup sihat.
Mariesya, It-Girl Bulan Ini
1. Huraikan stail fesyen anda?
Gaya fesyen saya tidak banyak berubah. Saya selalu cenderung kepada kesederhanaan, keanggunan, dan keselesaan pada kebanyakan masa.

2. Siapakah pereka fesyen pilihan anda untuk Lebaran kali ini?
Alia Bastamam, rekaannya setiap tahun yang clean dan anggun.
3. Kongsikan satu perkara tentang anda yang orang lain tidak tahu.
Saya tidak boleh duduk diam! Walaupun ianya tidak kelihatan dalam media sosial, tetapi saya sentiasa merancang idea, usaha kerja baru, percutian dengan rakan dan lain-lain. Apabila ada sesuatu matlamat, saya akan memberi fokus yang penuh.
4. Rutin solekan anda di pagi raya?
Pada pagi Hari Raya, saya suka sesuatu yang mudah, tidak berat atau glamor. Mengekalkan asas berkilauan adalah keutamaan saya. Pipi merah muda, kontur ringan, tiada eyeliner, maskara dan gincu berwarna merah pudar.

5. Apakah aktiviti anda pada waktu lapang?
Mencari hobi baru! Aktiviti biasa saya hanyalah bersenam, kelas kekuatan, yoga atau pilates. Satu lagi hobi baru yang saya sukai ialah kelas pottery kerana ia sangat terapeutik.
6. Kongsikan satu momen Hari Raya yang bermakna buat anda.
Momen paling bermakna saya adalah semasa kanak-kanak. Ketika saya pulang ke kampung, semua orang akan berada di rumah dan nenek saya masih lagi bersama kami semua. Selain itu, saya juga menyukai momen ketika bermain mercun dan mengunjungi rumah demi rumah, meminta duit raya dari jiran. Menjadi penerima duit raya lebih indah daripada memberinya.
7. Apakah tips penjagaan rambut anda?
Merawat rambut di rumah sama pentingnya seperti melakukan rawatan di salon. Saya melakukan Rawatan Tokio Inkarami di 76Style Lot10 setiap bulan dengan konsisten kerana saya mempunyai rambut yang kering dan berwarna. Saya juga lalukan rawatan Keratin setiap 3-4 bulan. Untuk penjagaan rambut di rumah, saya menggunakan Anti-Dandruff Shampoo oleh Ouai atau Virtue Labs Shampoo for Thinning Hair.
Saya juga menggunakan Virtue’s Lab Conditioner for Thinning Hair. Selain itu, saya juga menggunakan masker rambut setiap 2 minggu dengan Briogeo Don’t Despair dan Repair Deep Conditioning Hair Mask. Akhir sekali, gunakan heat protection sebelum menggunakan heat styling.

8. Di manakah anda melihat diri anda dalam jangka 5 tahun?
Bagi seseorang yang suka bekerja, sebenarnya saya fikir dalam masa 5 tahun, saya melihat diri saya memperlahankan aktiviti kerja saya dan mungkin menjadi seorang ibu. Insyaallah. Sambil masih mencipta konten, saya akan terus menyokong kerja dan perniagaan rakan-rakan. Pada masa yang sama, saya akan terus meneroka hobi baru.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
