Related Stories
Rutin Harian Menjadi Lebih Mudah Bersama Samsung Galaxy Z Fold4
Tampil dengan fungsi multitugas terbaik, kami rasakan telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold4 paling sesuai buat anda yang mendambakan gaya hidup produktif.
Saat pertama kali memegang Samsung Galaxy Z Fold4, diri terasa kagum dengan reka bentuknya yang premium dan menyerlah. Selalu saya membayangi ianya sebuah telefon besar yang tidak mesra apabila dipegang, namun persepsi saya ternyata salah. Saiznya yang sempurna walau berpaparan skrin besar membuatkan saya lebih teruja untuk terus menerokanya.

Memudahkan Kerja Harian
Kehidupan seharian yang sentiasa sibuk memerlukan saya bertemu ramai orang. Mesyuarat sana-sini dan sentiasa dalam pergerakan pantas. Jika dahulu saya perlu mengusung buku nota ke hulu-hilir, kali ini tidak perlu lagi. Fungsi yang ada di dalam Galaxy Z Fold4 ini adalah antara yang memudahkan kerja saya. Kini saya boleh mencatit nota walau di mana saja saya berada. Ini kerana buat pertama kalinya S Pen boleh digunakan di atas telefon pintar jenis lipat.
Dan bukan itu sahaja, perjumpaan kerja yang diatur menerusi alam maya jadi lebih senang. Masakan tidak, di dalam satu peranti ini sahaja, saya boleh lakukan dua kerja pada satu masa. Menyalin nota sambil berdiskusi alam maya!
Bercakap tentang fungsi multitugas dan pembahagian skrin. Tidak seperti peranti lain, Galaxy Z Fold4 ini mampu membahagikan hingga 4 paparan skrin berbeza. Boleh menonton drama sambil berborak bersama teman memandangkan Galaxy Z Fold4 ini kini mendapat sokongan aplikasi yang pelbagai seperti YouTube, Team, Disney+ , Netflix. Google Meet dan sebagainya.

Fungsi Idaman
Malah, tidak perlu lagi saya menonton sambil memegangnya kerana peranti ini memiliki teknologi Flex Mode yang mampu melipat dari sudut 75 hingga 115 darjah. Cukup fleksibel. Satu kehebatan lagi yang membuatkan saya cukup menyukai telefon ini adalah kerana fungsinya yang fleksibel itu membuatkan segalanya lebih mudah untuk saya yang suka bergambar. Tidak perlu lagi bersusah-payah menggunakan tripod!
Semestinya peranti pintar jenis lipat seperti Galaxy Z Fold4 ini memberikan kepuasan menyeluruh apabila ingin bergambar terutama sekali jika ingin berswafoto. Fungsi dual preview ini adalah fungsi paling diinginkan oleh semua penggemar swafoto! Anda boleh mengambil gambar menggunakan kamera utama dan pada masa yang sama memantau menerusi skrin besar sebelah tanpa merosakkan kualiti gambar anda! Menakjubkan.
Paling istimewa sekali, Samsung menyediakan pelan Samsung Care+ dimana jika Galaxy Z Fold4 anda terjatuh sehingga skrin menjadi retak, tidak perlu lagi anda mengeluarkan kos yang tinggi untuk servis. Jika anda memiliki pelan ini, anda tidak perlu risau kerana perlindungan akan diberikan kepada anda serta penukaran skin sehinga tiga kali akan diberikan dalam tempoh masa jaminan.
Pautan Berkaitan: #DiariGLAM : Sehari Berlibur Bersama Samsung Galaxy Z Flip4
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
