fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Siapa Sebenarnya Zawe Ashton, Bakal Mrs Hiddleston & Bintang The Marvels?
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemandu E-Hailing
Siap Diri Untuk Tahun 2023, Ini Checklist Untuk Anda
Oh Cha Matcha: Dari Bunga Sakura Ke Limited Edition Box
Kemangkatan Putera Philip: Apa Bakal Berlaku Dalam Tempoh Berkabung?
Home > Gaya Hidup > Harnaaz Sandhu Dari India Menang Miss Universe 2021

Harnaaz Sandhu Dari India Menang Miss Universe 2021

Penantian lebih 20 tahun India untuk mendapatkan semula tiara Miss Universe berakhir dengan wakilnya Harnaaz Sandhu. Gadis asal India ini telah memadamkan impian 80 gadis lain dalam merebut tempat utama di pentas Miss Universe 2021. Pertandingan yang diadakan kali kedua pada era pendamik ini berlangsung lebih dua jam di Eilat, Israel.

https://www.instagram.com/p/CXaRK24rKzd/

Bersamanya di top 3 adalah wakil daripada Paraguay, Nadia Ferreira dan tempat ketiga pula milik perwakilan Afrika Selatan, Lalela Mswane. Kerajaan Afrika Selatan antara yang menolak pentandingan ini berlangsung di Israel kerana pergolakan yang berlaku diantara negara tuan rumah dengan bumi Palestine. Mereka menyuruh Mswane untuk gugurkan diri daripada bertanding. Dia meneruskan jua dengan bantuan sepenuhnya daripada organisasi Miss South Africa.

 

https://www.instagram.com/p/CXYZWE4NHLv/

Harnaaz Sandhu menjawab yakin dalam sesi soal jawab. Di TOP5 5, dia menjawab pertanyaan tentang perubahan iklam dan menegaskan yang sekarang adalah masa untuk menjalankan tugas dan talk less. Ketika di peringkat Top 3 pula Sandhu mahu remaja sekarang untuk lebih yakin dengan diri sendiri, sepertinya yang berada di pentas Miss Universe.

https://www.instagram.com/p/CXaFzjXKqdX/

Negara serantau Asia Tenggara yang masuk ke final termasuklah Filipina yang menang top 5. Paling bangga apabila wakil Singapura, Nandita Banna juga layak ke peringkat Top 16.

Pautan Berkenaan: Kate Middleton Beri Penghormatan Istimewa Buat Ratu Elizabeth Di Konsert Krismas Diraja