fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Putera Harry & Meghan Markle Diminta Tidak Hadir Ke Pertabalan Raja Charles III
KL Festival 2026 Kembali Menjadi Pentas Warisan Seni Malaysia
Penat Bekerja Sampai Letih Emosi? Ini 5 Cara Elak Burnout di Tempat Kerja!
Patung Lilin Billie Eilish Dipersenda Peminat
Perayaan Spirit of Artistry, Royal Selangor Sambut Ulang Tahun Ke-140!
Home > Gaya Hidup > Kenali 5 Wanita Paling Kaya Di Dunia, Menurut Forbes

Kenali 5 Wanita Paling Kaya Di Dunia, Menurut Forbes

Forbes baru-baru ini mengumumkan senarai ‘Individu Paling Kaya Di Dunia’ yang menghimpunkan seramai 2,640 orang.

Di kalangan bilionair ini, hanya 337 wanita yang berjaya memasuki senarai. Bagaimanapun kekayaan mereka amat jauh nilainya jika dibandingkan dengan individu dalam senarai teratas seperti Bernard Arnault dari LVMH, Elon Musk dari Tesla dan Jeff Bezos dari Amazon, yang kesemuanya memiliki kekayaan melebihi RM446 bilion.

Walaupun ramai daripada kalangan wanita ini mewarisi kekayaan keluarga, 96 daripada mereka meraih status bilionair atas hasil usaha sendiri. Ini termasuk Rihanna (RM6.2 bilion) yang memperoleh kekayaan daripada Fenty Beauty dan Kim Kardashian (RM5.4 bilion) daripada Skims.

Semak siapakah yang berjaya tersenarai sebagai wanita paling kaya di dunia pada tahun 2023.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Miriam Adelson – RM156 bilion

Sebagai balu taikun kasino Sheldon Adelson yang meninggal dunia pada 2021, Miriam Adelson dan keluarganya mewarisi lebih separuh daripada empayar perjudian mendiang suaminya, Las Vegas Sands. Syarikat itu memiliki beberapa hartanah termasuk The Venetian, Sands dan The Londoner di Macau serta Marina Bay Sands di Singapura. Doktor Israel-Amerika berusia 77 tahun ini juga merupakan penyokong tegar penyelidikan ketagihan dadah, menurut Bloomberg.

Foto: Getty Images

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse