Home > Gaya Hidup > 10 Panduan Persiapan Perkahwinan: No Stress & No Last Minute!
10 Panduan Persiapan Perkahwinan: No Stress & No Last Minute!
By
Maya Kusuma
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full Bio|
Aug 27, 2025
Setiap pasangan pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang sempurna, penuh adat, meriah, dan mencipta kenangan manis pada hari istimewa itu.
Tapi realitinya, sebelum tiba ke hari bahagia, pelbagai perkara yang perlu disusun rapi. Dari urusan rasmi di pejabat agama, memilih busana idaman, hinggalah kepada katering, khemah dan pelamin, semuanya perlukan perancangan teliti. Jangan risau, senarai di bawah akan bantu anda memastikan semua persiapan pra-perkahwinan berjalan lancar tanpa ada yang tertinggal.
1. Dokumen-dokumen penting untuk berkahwin
Sebelum fikir warna bunga di pelamin, perkara pertama yang wajib dibuat ialah urusan rasmi di pejabat agama. Kedua-dua pihak perlu melengkapkan borang kebenaran berkahwin, sijil kursus kahwin, surat akuan bujang, salinan IC, gambar berukuran passport, dan juga keputusan ujian HIV. Oh ya, borang kebenaran nikah ini hanya sah selama 90 hari (3 bulan), jadi jangan pula buat terlalu awal atau terlalu lewat. Timing is everything!
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
2. Menghadiri kursus kahwin
Ramai yang menganggap kursus kahwin hanyalah formaliti, tapi sebenarnya ia sesi paling berguna sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Dari tips komunikasi suami isteri, pengurusan kewangan, hinggalah ilmu agama asas semua ada. Bonusnya, selepas habis kursus anda akan dapat sijil yang menjadi lesen untuk permohonan kebenaran berkahwin.3. Pemilihan busana nikah & sanding
Ini memang antara momen paling menyeronokkan! Dari butik ke butik, pengantin perempuan biasanya akan cuba pelbagai gaya – sama ada songket klasik, kebaya moden, atau gaun ala puteri. Jangan lupa aksesori tambahan seperti veil, selendang, hand flower, dan kasut yang selesa. Untuk pengantin lelaki pula, lengkapkan gaya dengan baju Melayu penuh, sampin, songkok dan tanjak sebab gambar kahwin nanti akan jadi kenangan seumur hidup.
4. Hantaran & mas kahwin
Persiapan hantaran memang antara yang paling sibuk. Senarai standard biasanya termasuk kek, buah-buahan, manisan, telekung, sejadah, minyak wangi, dan kosmetik. Mas kahwin pula disediakan ikut ketetapan negeri. Dan jangan lupa mas kahwin untuk sesi batal air sembahyang seperti cincin atau gelang tangan.
5. Tempah awal pasukan glam — jurusolek, pedandan rambut/hijabstylist & jurugambar
Hari bahagia tak lengkap tanpa pasukan glam anda. Booking awal jurusolek dan hairstylist/hijabstylist adalah kunci untuk elakkan kecewa bila tarikh penuh. Photographer pula ibarat “storyteller” yang merakam setiap senyum, setiap air mata bahagia.
Pro tip: Jika berkemampuan, buat test make-up atau hairdo sebelum hari sebenar, jadi tak ada kejutan last minute.
6. Tempahan lokasi, khemah & katering
Kalau majlis di rumah, perkara wajib fikir ialah khemah, katerer, kompang, serta PA system dengan emcee. Khemah bukan sekadar berteduh, tapi boleh jadi cantik dengan hiasan lampu fairy light jika majlis pada waktu malam. Pilihan katering pula mesti tip-top. Hidangan kena sedap dan cukup untuk semua tetamu. Menu nasi minyak, ayam masak merah, dalca sayur, kuih-muih tradisional semua kena ada! Untuk suasana lebih meriah, kompang mengiringi pengantin adalah kemestian untuk menghidupkan adat perkahwinan Melayu, dan PA system dengan emcee akan memastikan majlis teratur. Kalau majlis di hotel pula, cabarannya lain: kena pilih lokasi yang sesuai dengan bajet, suasana dan jumlah tetamu. Bonusnya, banyak hotel sediakan pakej lengkap termasuk dekorasi, makanan, dan dewan berhawa dingin.7. Dekorasi, muzik & suasana majlis
Pelamin ibarat pentas utama. Pilih tema yang menggambarkan personaliti anda. Sama ada tema tradisional dengan bunga segar, atau moden dengan elemen minimalis. Jangan lupa juga sediakan playlist lagu sendiri bukan Sahaja untuk naikkan mood tetamu malah pengantin juga daripada lagu-lagu klasik P. Ramlee hingga Ed Sheeran, ikut citarasa anda! Untuk lebih teratur, lantik emcee supaya perjalanan acara berjalan lancar dan tidak kaku.
8. Berinai
Salah satu adat yang masih menjadi pilihan ramai pengantin Melayu ialah majlis berinai. Sama ada berinai kecil bersama keluarga terdekat, atau mengadakan malam berinai yang lebih meriah, tradisi ini melambangkan doa dan restu untuk pasangan sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Kini, gaya berinai lebih moden dengan ukiran henna artist yang kreatif dari motif tradisional hingga kontemporari, menambahkan lagi seri buat si ratu sehari.
9. Doorgift & kad jemputan
Walaupun kecil, doorgift adalah sesuatu yang membuat tetamu rasa dihargai. Pilihannya boleh jadi makanan atau barangan praktikal. Kad jemputan pun sekarang lebih fleksibel dimana ada yang masih suka versi bercetak dalam bentuk kad, tapi ramai juga yang pilih kad digital untuk lebih mudah dan mesra alam.10. Rehearsal & jaga emosi
Bila semua dah siap, jangan lupa buat semakan akhir. Susun hantaran, pastikan veil dan bunga tangan tak tertinggal, dan check semula dokumen rasmi. Buat raptai kecil bersama keluarga atau pengapit supaya semua tahu peranan masing-masing. Dan yang paling penting jaga emosi. Nikmati momen, sebab hari bahagia ini cuma sekali seumur hidup.Artikel Berkaitan: Himpunan Busana Perkahwinan Selebriti Paling Mempesona
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
