Related Stories
Misteri Sensual Saint Laurent Rive Droite
Pengarah Kreatif Saint Laurent, Anthony Vaccarello berkolaborasi secara eksklusif bersama jurufoto, Henrik Purienne dalam buku Saint Laurent berjudul Rive Droite Editions Purienne terbaharu.
Rumah fesyen Paris, Saint Laurent bersama jurufoto, Henrik Purienne bersatu dalam satu projek penerbitan buku terbaharu. Berjudul Rive Droite Editions Purienne, buku ini menampilkan kolaborasi bersama Pengarah Kreatif Saint Laurent, Anthony Vaccarello dan jurufoto kelahiran Afrika Selatan.

Sensual penuh misteri, Anthony Vaccarello telah menjemput Henrik Purienne untuk merakamkan visinya melalui siri foto hitam dan putih, dengan menampilkan barisan model memperagakan koleksi Saint Laurent oleh Anthony Vaccarello. Berlatarkan kota Paris, model dirakamkan menggayakan desain bulu pelepah, muslin dan renda yang membiaskan estetika playful dan erotika.

Henrik Purienne adalah seorang jurufoto, pengarah filem dan pengasas penerbitan fesyen dari Afrika Selatan. Dia pernah merakamkan kempen untuk label-label fesyen utama seperti Louis Vuitton, Maison Kitsune dan Maison Margiela, selain editorial untuk Vogue, Interview Magazine, dan Playboy. Pada 2019, dia telah melancarkan penerbitan fesyen dan budaya berjudul Mirage.
Rive Droite Editions Purienne adalah keluaran keempat oleh rumah penerbitan Rive Droite daripada Saint Laurent. Edisi sebelum ini menampilkan kolaborasi bersama Daido Moriyama, Betty Catroux and Gray Sorrenti.

Buku yang diterbitkan di Perancis ini boleh didapati secara eksklusif di butik Saint Laurent Rive Droite di kota Paris dan Los Angeles sahaja. Tetapi buat yang berminat buku ini juga boleh didapati di laman web rasmi Saint Laurent.
Foto: Saint Laurent
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
