Related Stories
Home > Gaya Hidup > Coachella 2025: Gaya Terbaik Selebriti
Bukan sekadar festival muzik, Coachella telah lama menjadi peragaan fesyen tidak rasmi di tengah padang pasir Colorado. Tahun ini, aura glamor boho bertemu dengan sentuhan futuristik, mencipta detik-detik fesyen yang mengundang perhatian lensa dan menjadi bahan bualan media sosial.
Beabadoobee
Bintang sensasi British, Beabadoobee membuktikan bahawa dua tali pinggang lebih baik daripada satu dalam gaya pentasnya yang penuh pernyataan. Artis yang berpangkalan di London ini tampil berani dengan padanan seluar pendek mikro mini, cami hitam potongan Y2K yang memperlihatkan potongan unik, serta jaket kuning yang mencuri tumpuan.
Sabrina Carpenter
Sabrina Carpenter tampil mempesona dalam persalinan mini dress berkilau rona champagne daripada koleksi Blumarine, lengkap dengan renda halus dan butiran kristal. Dipadankan bersama but lutut kulit putih dan cermin mata hitam bersaiz besar, penampilannya menjerit “Coachella Royalty” dengan cara yang sangat moden. Aura bintang pop 2000-an yang dihidupkan semuladengan kelas tersendiri.
Hailey Bieber
Menyimpang daripada rona pastel dan cetakan floral, Hailey tampil dengan gaya monokromatik serba hitam. Oversized leather jacket, mini dress dan cermin mata hitam berbingkai tebal menjadikan penampilannya tampak edgy namun tetap disuntik dengan aura old Hollywood glamour. Gaya minimal dengan impak maksima.
Addison Rae
Addison Rae tampil bagaikan pari-pari etereal di atas pentas dengan gaun tidur boho sheer yang dipenuhi ruffle lembut dan sentuhan romantik. Walaupun tidak kelihatan dengan jelas, seluar dalam boyshort mikro mini yang dipakainya menampilkan cetakan tarikh pelancaran album terbaharunya.
Charli XCX
Ratu Brat, Charli XCX menukar gaya mikro mini pentasnya dengan penampilan yang lebih dramatik skirt labuh yang flowy dipadankan bersama top sheer bercorak floral. Gaya ini digayakannya ketika berparti bersama Julia Fox di The Overcompensating House, membuktikan bahawa dia sentiasa tahu bila untuk tampil berani, dan bila untuk bermain dengan siluet yang lebih matang namun tetap edgy.
Madison Pettis
Skirt ultra-mini sememangnya menjadi pilihan utama di Coachella tahun ini, dan Madison Pettis tidak ketinggalan mencuri perhatian dengan gaya serba kulit yang berani. Dia menggayakan korset ketat dipadankan dengan skirt mini dan but setinggi lutut mewujudkan aura yang menggoda, garang, dan sangat festival-chic. Penampilannya jelas membuktikan kuasa gaya kulit apabila dipersembahkan dengan keyakinan dan keanggunan.
Tyla
Tyla menghidupkan semula estetika era 90-an ala Christina Aguilera menerusi penampilan sulungnya yang cukup berani. Untuk persembahan pertamanya, penyanyi Water ini tampil dengan gaya dekonstruksi yang menggabungkan elemen grunge dan fesyen tinggi mencipta kontras yang memikat. Dia menggayakan top putih tanpa lengan yang mendedahkan bra emas di bahagian dalam, diikat kemas di pinggang dengan tali pinggang merah menyala. Stoking koyak dan berlubang pula melengkapkan gaya ini dengan sentuhan pemberontakan yang menggoda, membuktikan bahawa Tyla tahu cara menyampaikan kenyataan fesyen tanpa perlu berkata apa-apa.
Coachella bukan hanya tentang siapa yang berada di pentas, tetapi siapa yang tampil di hadapan lensa. Fesyen festival kini bukan sekadar eksperimen; ia adalah peluang untuk menyampaikan identiti peribadi, gaya hidup mewah, dan cita rasa fesyen global disulam dalam getaran muzik dan pasir gurun yang beralun. Jika anda seorang pencinta gaya, Coachella bukan lagi sekadar festival ia adalah pentas haute couture tanpa aturan.
Artikel Berkaitan: LISA BLACKPINK Tampil Futuristik di Coachella dengan Sentuhan Teknologi Tinggi
Bintang sensasi British, Beabadoobee membuktikan bahawa dua tali pinggang lebih baik daripada satu dalam gaya pentasnya yang penuh pernyataan. Artis yang berpangkalan di London ini tampil berani dengan padanan seluar pendek mikro mini, cami hitam potongan Y2K yang memperlihatkan potongan unik, serta jaket kuning yang mencuri tumpuan.
Sabrina Carpenter
Sabrina Carpenter tampil mempesona dalam persalinan mini dress berkilau rona champagne daripada koleksi Blumarine, lengkap dengan renda halus dan butiran kristal. Dipadankan bersama but lutut kulit putih dan cermin mata hitam bersaiz besar, penampilannya menjerit “Coachella Royalty” dengan cara yang sangat moden. Aura bintang pop 2000-an yang dihidupkan semuladengan kelas tersendiri.
Hailey Bieber
Menyimpang daripada rona pastel dan cetakan floral, Hailey tampil dengan gaya monokromatik serba hitam. Oversized leather jacket, mini dress dan cermin mata hitam berbingkai tebal menjadikan penampilannya tampak edgy namun tetap disuntik dengan aura old Hollywood glamour. Gaya minimal dengan impak maksima.
Addison RaeAddison Rae tampil bagaikan pari-pari etereal di atas pentas dengan gaun tidur boho sheer yang dipenuhi ruffle lembut dan sentuhan romantik. Walaupun tidak kelihatan dengan jelas, seluar dalam boyshort mikro mini yang dipakainya menampilkan cetakan tarikh pelancaran album terbaharunya.
Charli XCXRatu Brat, Charli XCX menukar gaya mikro mini pentasnya dengan penampilan yang lebih dramatik skirt labuh yang flowy dipadankan bersama top sheer bercorak floral. Gaya ini digayakannya ketika berparti bersama Julia Fox di The Overcompensating House, membuktikan bahawa dia sentiasa tahu bila untuk tampil berani, dan bila untuk bermain dengan siluet yang lebih matang namun tetap edgy.
Madison PettisSkirt ultra-mini sememangnya menjadi pilihan utama di Coachella tahun ini, dan Madison Pettis tidak ketinggalan mencuri perhatian dengan gaya serba kulit yang berani. Dia menggayakan korset ketat dipadankan dengan skirt mini dan but setinggi lutut mewujudkan aura yang menggoda, garang, dan sangat festival-chic. Penampilannya jelas membuktikan kuasa gaya kulit apabila dipersembahkan dengan keyakinan dan keanggunan.
TylaTyla menghidupkan semula estetika era 90-an ala Christina Aguilera menerusi penampilan sulungnya yang cukup berani. Untuk persembahan pertamanya, penyanyi Water ini tampil dengan gaya dekonstruksi yang menggabungkan elemen grunge dan fesyen tinggi mencipta kontras yang memikat. Dia menggayakan top putih tanpa lengan yang mendedahkan bra emas di bahagian dalam, diikat kemas di pinggang dengan tali pinggang merah menyala. Stoking koyak dan berlubang pula melengkapkan gaya ini dengan sentuhan pemberontakan yang menggoda, membuktikan bahawa Tyla tahu cara menyampaikan kenyataan fesyen tanpa perlu berkata apa-apa.
Coachella bukan hanya tentang siapa yang berada di pentas, tetapi siapa yang tampil di hadapan lensa. Fesyen festival kini bukan sekadar eksperimen; ia adalah peluang untuk menyampaikan identiti peribadi, gaya hidup mewah, dan cita rasa fesyen global disulam dalam getaran muzik dan pasir gurun yang beralun. Jika anda seorang pencinta gaya, Coachella bukan lagi sekadar festival ia adalah pentas haute couture tanpa aturan.
Artikel Berkaitan: LISA BLACKPINK Tampil Futuristik di Coachella dengan Sentuhan Teknologi Tinggi
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
