RIMOWA Holiday Case Pilihan Sempurna Untuk Percutian
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioRIMOWA memperkenalkan RIMOWA Holiday Case, koleksi edisi terhad yang menggabungkan warisan reka bentuk ikonik dengan sentuhan moden.
Koleksi ini memberi penghormatan kepada reka bentuk dari tahun 1988 yang dikenali sebagai ‘der Reisekoffer für junge Leute’ atau “beg perjalanan untuk golongan muda”. Reka bentuk ini menandakan langkah pertama RIMOWA dalam dunia reka bentuk tahun 1980-an dengan warna-warna neon yang ceria.
Bercuti dengan RIMOWA Holiday Case

RIMOWA Holiday Case kini hadir dengan sentuhan nostalgia, memberikan keselesaan dan gaya untuk para pengembara masa kini. Beg ini dihasilkan daripada polikarbonat ringan, dilengkapi dengan kunci dan bingkai yang tahan lasak seperti koleksi Original RIMOWA. Ia turut hadir dengan tali bahu yang boleh dilaras untuk memudahkan pengangkutan.
Bahagian dalamnya juga direka dengan penuh warna, lengkap dengan lapisan berwarna yang padan serta pemisah jaring putih yang menambah sentuhan moden pada reka bentuk asal.
Hadir dengan pilihan warna yang ceria seperti biru, kuning, dan merah, RIMOWA Holiday Case adalah pilihan ideal untuk mereka yang merancang percutian Hari Raya yang penuh warna. Sama ada perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga atau melancong ke destinasi baru, beg ini menawarkan gabungan gaya, keselesaan, dan ketahanan yang sempurna.

Kini, RIMOWA Holiday Case tersedia di kedai-kedai RIMOWA terpilih di seluruh dunia dan dalam talian di RIMOWA.com pada harga MYR 5,650. Sempurnakan percutian anda dengan RIMOWA Holiday Case dengan penuh keceriaan.
Artikel Berkaitan: Bagasi Kabin Dark & Raw, Kolaborasi Edisi Terhad RIMOWA & Rick Owens
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
