Related Stories
Hari Ibu 2026: Legasi Yang Diteruskan Siti Saleha & Jane Chuck
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full BioDiinspirasikan oleh Tiffany & Co., bab terakhir (Hari Ibu 2026) ini menyatukan dua figura wanita yang berbeza namun saling melengkapi – Jane Chuck dan Siti Saleha.
Melalui refleksi Hari Wanita Sedunia 2026, bulan Mac lalu hingga ke emosi yang lebih mendalam sempena Hari Ibu 2026, The Moment She Carries Forward berkembang sebagai sebuah perjalanan tentang seorang wanita (personaliti yang sama GLAM pilih untuk meneraju kempen bersama Tiffany & Co.) dan yang lebih penting, tentang apa yang dibawa ke hadapan untuk generasi seterusnya.
Melalui kisah mereka, kempen Hari Ibu 2026 ini menyorot satu pemahaman yang lebih halus: legasi hidup dalam nilai, dalam kasih, dan dalam apa yang kita tinggalkan dalam diri orang lain.
Dalam naratif ini, keibuan diperlihatkan sebagai satu bentuk pengaruh yang terpancar dalam cara seorang wanita memimpin, menyokong dan membentuk dunia di sekelilingnya.
Bagi Jane Chuck, seorang ibu kepada anak lelaki berusia dua tahun, kehidupannya sentiasa bergerak pantas. Sebagai usahawan, pemimpin, dan suara dalam komuniti, hari-harinya dipenuhi dengan keputusan, tanggungjawab, dan interaksi berterusan. Namun di sebalik kesibukan itu, terdapat detik-detik kecil yang menjadi pengimbang momen yang mengingatkan tentang apa yang benar-benar penting.

Pakaian Louis Vuitton Barang Kemas Tiffany & Co.
“True strength isn’t just in standing alone. It’s in who we grow with.” – Jane Chuck
Kisah Jane memperlihatkan bagaimana makna kekuatan berubah seiring waktu. Jika dahulu ia dikaitkan dengan berdikari dan kawalan, kini ia lebih berkait dengan hubungan, kepercayaan, dan keupayaan untuk bergerak bersama orang lain. Pengaruhnya hadir melalui kehadiran yakni cara dia mendengar, membimbing, dan membuka ruang untuk orang lain berkembang.
Berbeza dengan Jane, kisah Siti Saleha hadir dengan ketenangan yang lebih intim.
Sebagai seorang ibu baru, kehidupannya kini bergerak dalam tempo yang lebih perlahan, dipandu oleh perspektif yang semakin mendalam. Hari-harinya diisi dengan momen-momen kecil bersama anaknya, Indra. Dia memerhati, memahami, dan mengenali kehidupan yang baru dalam bentuk yang paling tulus.
Melalui pengalaman ini, Saleha mula melihat kekuatan dari sudut yang berbeza. Ia hadir dalam kehadiran, kesabaran, dan kasih sayang yang konsisten.

Pakaian Alia Bastamam Barang Kemas Tiffany & Co.
Dua kisah yang mana satu penuh gerak, satu penuh ketenangan dan akhirnya bertemu pada satu titik yang sama: legasi terbina setiap hari, melalui tindakan kecil dan hubungan yang bermakna.
Sepanjang kempen ini, keindahan Tiffany & Co. melengkapkan setiap visual dengan penuh elegan. Setiap helaian gaya dirakam dengan perhiasan Tiffany & Co. yang bukan sekadar aksesori, tetapi simbol memori, kesinambungan, dan momen yang membentuk kehidupan.
“Dalam membesarkannya, saya juga sedang mengenal siapa diri saya yang baru.” – Siti Saleha
Ia hadir secara halus namun signifikan menguatkan emosi dalam setiap babak. Di penghujungnya, kempen ini meninggalkan satu renungan yang mendalam: Legasi bukan sesuatu yang kita tinggalkan nanti. Ia bermula hari ini.
Dalam cara kita menyayangi, membimbing, dan memberi makna kepada kehidupan orang lain. Akhirnya, yang kekal bukanlah apa yang kita capai, tetapi apa yang kita teruskan.
Pengarah Kreatif, Nisa’ Halid Pengarah Seni Kanan, Khai Ramli Pengarah Visual, Syafiq Sazaly Penolong Pengarah Visual, Zakwan Taufiq Juruvideo, Uzair Hanafi Fotografi, Lily Alissa Penyelaras Pakaian Tiffany Tan Solekan, Ezad Ibrahim Dandanan Rambut, Bibian Leong Lokasi, EQ Hotel KL Pelatih Amali, Nur Afiqah, Nurul Athirah & Nurul Izzati
Artikel Berkaitan: Legasi Cinta Siti Saleha dalam Kilauan Tiffany & Co.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
